20111228

Wordless Wednesday Saya #2





*no comment.
**serious tak percaya yang second cover tu Siti.

credit to GLAM 2012

20111214

Friendship

Assalamualaikum wbt.

Sekadar mahu berkongsi sedikit tentang sebuah short film.
Pertama kali menonton short film ni, memang pujian patut dibagi kepada film-maker ni.
Sebabnya short film ni ada good lessons yang berkaitan dengan friendship.

Bagi diri saya, saya cuma berharap, friendship yang saya ada sekarang mampu bertahan dan bermanfaat bagi saya dan kawan-kawan yang lain untuk dunia dan akhirat.
Kalau ada salah silap atau terasa hati, harap masing-masing dapat maafkan satu sama lain dengan segera.
Saya suka konsep makan nasi dalam satu dulang macam makan nasi ambang.  
I had few experiences of it.
To those yang tak pernah berpeluang makan nasi dalam satu dulang, memang anda agak rugi. : (
Once you had the experience, memang you will learn new lesson berbanding kalau makan sorang-sorang.






"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara kebaikan."


Ali-Imran 3:133-134

20111128

First Anniversary.

Bismillah.

Assalamualaikum. What's up all?
Harap-harap semua sihat belaka.
Hari ni hari cuti sempena Maal Hijrah. Satu Malaysia cuti.
Beruntunglah semua dapat cuti kan?.
I'm beg, belum terlambat lagi saya nak ucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua muslim & muslimat.
May Allah give us Mercy and strengthen our Iman for this brand new year. InsyaAllah.

Sebenarnya, ini merupakan entry yang agak special.
Sebab apa?
Nah, I'm sure you know by the title, kan?
Tahu tak apa. Tak tahu tak mengapa. Pity you. DANG!

So, nak bagitahulah ni to those yang tak tahu.
Sekarang umur blog ni dah pun genap 1 tahun.
Diam tak diam. 
Yeah! Alhamdulillah, masih bernyawa lagi blog ni.
Hasil titik peluh keringat semua, blog ni dah berjaya menghasilkan 64 entri-entri yang bermutu dalam masa setahun. (Diboldkan bermutu tinggi okey)
Erm, boleh dibanggakan.
weeeeeee : )
Sesiapa yang nak tengok balik entry setahun yang lepas, bolehlah tengok dekat Arkib blog ni.

Dalam tempoh yang sama juga ada 30 followers yang setia.
Seciput je?
But, how cares? Saya tak berapa kisah sangat pun.
Sayang korang ketat-ketat yang follow blog ni. *terharu.
Walaupun begitu, harap-harap lepas ni ada followers baru.

I hope too, after this, I can brush up more on my writing skill.
Itu je tujuan sebenarnya kawan-kawan semua, di samping berkongsi yang mana patut.

Last but not least, nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH to all readers yang setia membaca blog yang tak seberapa ni.
Jangan lupa, kalau singgah baca tu tinggalkanlah komen for room of improvement or etc in future.
Atau boleh chat dekat sebelah kanan blog ni pun okey.
Enjoy my next entry...

Sebelum tu, ada pantun sikit.

Kalau Malaysia turun ke padang,
Izinkan saya menyokong lagi.
Jikalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh tulis lagi.


 Selamat Ulangtahun Pertama, SUPADUPAMIRUL!



Wasalam.




photo credit: dietkiller.tumblr.com

20111127

LOL!


 You can't do these with botox.
Ye ke? Whatever lah.


 Ni versi saya.
AMARAN: Jangan scroll down kalau tak berani nak tengok. LOL.


+

+

 +

+

+

 +

 +

 +

 +

 +

 +

 +

 +

+

 +

+

 +

 +

 +

 +

+

 +

+

+





*bukan apa pun sebenarnya, just for fun.
ini yang terjadi bila kebosanan melanda. see you till next entry. 

ADIOS!   =)

20111124

Khairul Fahmi Minta Maaf?





Khairul Fahmi minta maaf kepada semua rakyar Malaysia kerana kalah di tangan Syria semalam sebanyak 0-2.
It's ok, Apek. Nanti lawan dengan Bahrain, banggakan kami pulak.
Kami faham keadaan korang. Lain kali jangan bagi chance  :-)

source: twitter

20111122

Bola Itu Bulat

Assalamualaikum and hello there!
I'm glad cause now I can update my blog.
Sebenarnya, internet connection dekat bilik kolej baru saja pulih.
Sebelum ni, macam apa je. Sabar je lah kan?

Last night another history created.
Tak tahu ke lagi?
Rasanya satu dunia dah pun tahu yang team bola sepak Malaysia menang pingat emas untuk Sukan SEA di Indonesia. Twitter trending kot. #sayatekaje.

Masih belum terlambat nak ucapkan tahniah buat team Malaysia atas kejayaan diorang yang menang penalti semalam.
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Semalam memang tak senang duduk tengok bila Indonesia yang skor dulu. Memang awal minit lah goal tu.
Tapi, bila Malaysia tak putus asa & terus samakan kedudukan, 1-1, memang semangat nak tengok lagi menjadi-jadi.
It is actually there will be a mid-term exam on tomorrow (today lah). Tak kisahlah, tengok jugak walaupun sambil menghadap nota yang ada. Bukan senang bolah tengok team bola sepak Malaysia ni beraksi atas padang.
Lagi-lagi bila si harimau bertembung dengan sang garuda.
Memang mantaplah masing-masing.
Eventough, still ada mistakes here & there (not to mention here by who haha), but it still a good game, instead.
Well done, to both teams.

Kalau nak diikutkan, satu Stadium Bung Karno tu memang fully-loaded dengan penyokong dari Indonesia lah kan. Almost, everywhere is reds.
Ada jugak kedengaran masa lagu Negaraku dimainkan masa mula-mula tu, ada sesetengah penyokong Indonesia yang mem'boooo'kan Malaysia.
Haish, memang tak patut. Tak ada etika & rasa hormat dekat lawan betul diorang ni.
Plus, ada jugak kedengaran, ada jugak local yang tak dapat nak beli tiket game semalam, memberontak nak membakar kaunter tiket stadium.
Sudah-sudahlah tu, kalau tak dapat tu tak adalah rezeki.
Tengok live depan TV pun okey what?. Jangan asyik nak memberontak je.
Ini lagi satu hal lagi, kalau tak puas hati kalah, itu pun nak memberontak dekat lawan.
Konon nak bersuara akan ketidakadilan lah ya?
Menyusahkan orang ada lah.
So, terpaksalah pihak pertahanan Indonesia sendiri yang menyediakan kereta kebal.
Barracuda namaya. *Barracuda siap.
Tak perlu kot kalau semua pihak bersikap professional & berlapang dada dengan keputusan game.
Relax lah, Indonesia pun dah menang banyak pingat emas. Beratus-ratus tu.

It is undeniable, our Malaysia's team showed a better performance last night. 
Tahniah Ong Kim Swee sebagai coach! Dia ada Ong (Tuah) mehh.
Tahniah juga sebab dapat mempertahankan emas yang dikalung dua tahun lepas.

Okey, tak nak cakap panjang lagi. Sampai sini cukup.
I'm sorry, if my words is quite 'tak tersusun'. : )

Hope to see more victory in football from our National Team (TEAM MALAYSIA) in near future.
Majulah Sukan Untuk Negara.

Now, I get a better understanding on the said "Bola Itu Bulat".
Bolasepak 'mengajar' kita.
Tapi kita yang mengawal bola itu supaya terus disepak dengan skill & gaya yang bagus.
Terkadang kita di atas. Terkadang kita di bawah.

: )


p/s: Alhamdulillah ya Allah.

20111106

Homecoming: Eid ul Adha 1432 H

Assalamualaikum semua. 
Akhirnya berkesempatan jugak nak update blog kesayangan ramai ni. hoho.
Tak apa, ni nak update lah ni. Maklumlah, orang busy dengan study memang macam ni. Assignment datang bertalu-talu macam peluru.
Adoi. Tak keruan hidup dibuatnya. Tapi, tak apa, sudah menjadi lumrah untuk berjaya.
InsyaAllah.

Syukur masih dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik untuk berjumpa lagi Aidiladha tahun ni. Sesungguhnya nikmat Allah sangat besar.

Hari Jumaat yang lepas masa yang dinanti-nantikan aku sebab setelah hampir dua bulan bertapa kat Skudai akhirnya dapat jugak balik rumah.
Home sweet home!
Balik sempena cuti Aidiladha dan Mid-semester. *Tak adil betul buat sekali cuti. haishh redha je lah.

Kali ni balik rumah naik KTM Sinaran Selatan.
Kawan yang tolong belikan tiket. Trimas : )
Kami balik bertiga. Dua balik ruamh kat Kajang. Aku seorang balik Klang.
Dan ini kali kedua aku balik rumah dari Johor naik KTM.
Feeling nya seronok.
Dua ronok.
Dan tiada tiga ronok ok.

Here are some photo taken by me.
Naik KTM ni feeling dia betul-betul macam seorang perantau yang balik kampung halaman.
Betul.






























Setelah lebih kurang 6 jam, sampai jugak destinasi yan dituju, KL Sentral.
Yeah, KLANG I'M BACK!
Balik sebab nak raya!

Okeylah, sampai situ je gambar dalam KTM. Lain kali boleh naik lagi.

Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh barakah ni, aku nak mengucapkan 
SALAM AIDILADHA
kepada semua muslimin dan muslimat seantero dunia. 
Kepada yang menjalankan ibadah Qurban, semoga selamat.
Tidak dilupakan jugak, kepada jemaah haji yang menunaikan haji tahun ni, aku mendoakan agar semua mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.

Firman Allah;

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.”           
                                                           (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)










20111022

Reality.

mind map



People need to realize the reality not the fantasy.
People are seldom being in the real world but much in their fantasy.
But please understand the reality first before we move ahead.
Realize who are we and where are we standing on.



P/S: actually this is my first cartography assignment about reality on earth before mapping work is done.  *sambung buat balik

20111014

Sebelum 5 Perkara

Assalamualaikum wbt. Salam pagi Jumaat yang barakah semua...

Awal minggu ni saya telah dikejutkan dengan satu kejadian yang tak dijangka berlaku.
Tapi, ia melibatkan kawan kelas saya.
Musibah datang menimpa. Malang tidak berbau.
Alhamdulillah, semalam dia sudah dikeluarkan dari hospital & saya jugak berkesempatan melawat dia sewaktu dia ditahan di wad hospital.

Semoga dia cepat sembuh dan berpeluang datang ke kuliah macam kebiasaannya.
Ameen.

Moral of the story, kita perlu sentiasa beringat yang kita sentiasa diperhatikan & hidup dan nyawa kita di pinjamkan buat sementara waktu sahaja.

Ada satu pesanan yang ingin disampaikan di sini.


KAYA SEBELUM MISKIN

LAPANG SEBELUM SEMPIT

MUDA SEBELUM TUA

SIHAT SEBELUM SAKIT

HIDUP SEBELUM MATI



Sampai di sini. Wallahulam. : )

p/s: pray for him

20111012

20110922

8 Hours Per Day

8 HOURS PER DAY!
Yup, 8 jam setiap hari.

Itulah masa yang dicadangkan lecturer saya.
Lecturer subjek apa?
Subjek Computer Programming 1.
Kenapa? Tak percaya?
Lecturer bagitahu yang untuk lebih master dalam Computer Programming ni, kitorang ni dicadangkan untuk meluangkan masa riadah di hadapan komputer dalam tempoh lebih kurang 8 jam. Hanya bermain-main dengan kod-kod yang pada zahirnya kelihatan ganjil.

Aku pun terkejut macam ada renjatan elektrik dalam badan time dia bagitahu tu.
Allahu Akbar.
Hadoi, ni yang lemah sikit ni. 

It's up to ourself to do it or not do it. Anyway, it's just a suggestion by professional.
Yelah kan. Practice makes perfect.
Tapi tak apa, akan aku gagahi juga untuk berjaya di menara gading.
*ayat tak voleh velah please.


InsyaAllah aku boleh buat! 


P/S: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selain kita sendiri yang mengubah nasib diri kita sendiri.

20110916

September 16

Assalamualaikum wbt to all.
Ayat klise yang biasa digunakan "Dah lama tak update blog".
Ya, memang pun. Last entry adalah untuk raya kelmarin.
Apa-apa pun, nak tanya raya korang tahun ni macam mana? Semeriah tak seperti tahun-tahun sebelum ni? Duit raya masih dapat lagi tak?
Maklumlah budak besar-besar dah tak berapa nak dapat duit raya macam zaman cute cute dulu. huhuu

Okeylah.
Almost a week, I have been in Skudai.
Hey, HELLO SKUDAI! once more.
So, back to usual rountine as a student lah kan.
Pagi pergi kelas. Petang baru balik kolej semula.
Rutin makan pun seperti dulu lah ye, makan di arked-arked yang berdekatan yang amat digodairindu.
Pergi kelas masih macam dulu. Jalan kaki atau naik bas pak cik yang giler Bollywood. haha. serius ada kat Skudai. Bas pak cik lain tak ada tau.

Anyway, sebelum terus mengarut tak tentu arah.

Today is 16th of September.
Yet, harini sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54.
Instead of celebrate on 31st August this year, sambutannya dah di postpone harini.
Sebab 31st August tahun ni jatuh pada 2 Syawal.Takkan nak celebrate time orang nak raya kan. Tak best lah kan?.
So, terjadilah hari ni hari sambutan Kemerdekaan ke-45.

16th of September also known as the Malaysia's Day.
For those yang tak tahu sejarahnya google lah sendiri eh. *Malas nak habak kat sini no.


After all, i just want to wish to all Malaysian,

"HAPPY 54TH INDEPENDENCE DAY OF MALAYSIA"

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!



p/s: new semester, new resolution, upgraded spirit

20110829

Ucapan Aidilfitri 2011

Assalamualaikum semua rakan-rakan pembaca.
Sekarang tiba di penghujung Ramadan & Syawal pula mengambil tempat.
Tak nak cakap panjang-panjang lebar-lebar dah.
Semua pun dah balik kampung & akan balik kampung untuk beraya.



Dear friends & blog's followers,
saya menghulur jari sepuluh, memohon maaf seikhlasnya dari hujung rambut sampai hujung kaki,
if I made mistakessss. Maklumlah, saya manusia biasa.


The most important is
saya nak ucapkan;


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

Let's celebrate this Syawal as our victory after a month of Ramadan.


Ini dia 'kad Raya' kepada siapa yang saya tak berkesempatan nak kirimkan bulan lepas.
Harap kad Raya yang tak seberapa ni dapat dijadikan pengganti diri yang kecil di sisi Allah ni.


Last but not least, enjoy your Raya with your family & foods, of course. ; )




20110821

Membakor Je Lagi

Assalamualaikum. Hari ni 21 Ramadan. Begitu pantas masa berlalu. InsyaAllah kalau panjang umur, tinggal lebih kurang 9 hari lagi kita akan berpuasa.


Puasa puasa jugak. Raya dah prepare ke belum?
Haritu sekali lagi, aku adalah prepare sikit-sikit untuk raya tahun ni. Antaranya membuat biskut raya lagi. Seriously, tahun ni tak ada buat apa-apa, so, rajin-rajinkan diri buat biskut raya.


Aku berkesempatan buat Almond London. This is one of my favourite santapan di hari raya. Mesti!



before dimandikan dengan chocolate 
 


Selepas dimandikan & ditabur warna-warni jadilah. NYUM2!



Tahun ni kasi Almond London lain sikit sebab taburkan warna-warni dekat atas dia. Tahun-tahun lepas just letak almond yang dah dihancur. 


Hasilnya, CANTIK, MENARIK KAU MEMANG THE BOMB SEDAPPP!

cubalah sendiri... : )

                                                                     

20110816

Kita Membakor Je!

Selamat hari Selasa.
Sekejap je dah sampai hari ke-16 Ramadan. Kita dah sampai dekat pertengahan bulan berpuasa dah ni. Kalau tarawih tu, dah kena baca doa Qunut lah tu. huhu.

..............................................................................................................................................................

Ok, ni nak cerita sikit. Nak kata letih puasa kali ni memang terasa agak letih. Tapi kan, nak dibandingkan dengan tahun lepas dengan dua tahun lepas time matrikulasi dulu di mana aku pergi balik lecture, aku rasa duduk rumah lagi penat. PENAT? Ye, penat tau. Sebab lagi tak ada apa sangat nak buat. Cuma tunggu je waktu berbuka puasa. Mana tak penat weyh.


Tapi, semalam lain pulak ceritanya benda yang aku buat dekat rumah. Semalam aku membakor. Membakor apa? Membakor biskut raya.


Semalam dapatlah dua jenis biskut raya untuk tahun ni. Dah siap dah pun dimasukkan dalam balang.


Biskut pertama adalah biskut 'Cokelat Berbadam'. 
Sebanarnya, nama biskut ni namanya, biskut tak-tahu-apa-nama. Dengan gunakan kreativiti sendiri, wujudlah nama yang simple ni. Aku tak suka sangat sebab ada badam iaitu kacanglah kan? Takut nanti jerawat bermaharajalela haha. Tapi, makanlah jugak satu. Rasanya, not bad, ala ala biskut Almond London pun ada. Tapi, biskut Almond London insyaAllah akan dibuat kemudian.





Biskut yang kedua pulak adalah biskut 'Nestum dan Emping Jagung'.
Biskut ni aku yang adunkan sendiri semalam based on resepi yang Mama dapat. Excited nak buat sangat, hambik kau. Hasilnya, menjadi jugaklah. NICE! Tak cukup satu balang, malam sambung buat lagi biskut ni. Sampai pukul 1 pagi tunggu membakar biskut ni dengan kakak aku. haha.




Itu saja lah cerita berpuasa aku semalam. Walaupun berpuasa, kita perlu mengeluarkan peluh jugak. Tapi, taklah buat sampai meletihkan sangat diri sendiri. Jangan duduk & baring je bulan puasa ni kan kan? Gunakan masa yang Tuhan bagi sebijak yang anda boleh.


Sekian, ADIOS!


P/S: Tak suka sangat budaya bakor-membakor oleh Usop Wilcha. :\

20110809

IKLan Gangster

Assalamualaikum kawan-kawan followers semua.

Hari ini aku cuma nak berkongsi satu video yang super duper aku suka.

Idea video ni oleh AmanWan iaitu salah seorang Youtuber Malaysia. Kelakar sangat.

LOL

Ala ala filem 'KL Gangster' tapi versi lawak punya (baik punya pun boleh, macam Dafi). 

Enjoy!

20110807

10 Benda Yang Boleh Dibuat Sewaktu Puasa.

Assalamualaikum anda anda & anda.
Buat apa hari ni. Hari ni genaplah tujuh hari kita berpuasa di bulan yang penuh barakah ini. I'm sure mesti ada yang tak puasa lagi lagi perempuan kan? Sebabnya senang... sebab ABC. (mesti korang tau punya akronim ni)

Actually, I'm sangat lah BORING duduk di rumah time bulan puasa ni. Sebab tak tahu nak buat apa sangat. Nanti buat ni sikit dah letih & etc lah. *macam budak kecik pun hado.
Tak apalah.

To avoid those things so that tak lah penat sangat daripada asyik membuta & solat 5 waktu je.
Ni antara xtvt yang boleh korang plan untuk mengisi waktu lapang korang waktu siang sebelum tunggu berbuka & bertarawih di malam hari.



1.
       Pergi solat berjemaah masjid

2.
       Tadarus Al-Quran berkumpulan

3.
       Masak untuk berbuka puasa. Walaupun tak pernah masak.

4.
 Main game yang taklah memenatkan sangat; board game, online game


5.
Tengok rancangan buat kuih raya. Jangan lupa salin resepi. 
        Tapi kenalah tahan nafsu makan sikit.

6.
 Buat kuih raya sendiri. Mana tahu boleh jual kat kawan.

7.
  Jahit baju raya sendiri. 
*Ukur baju di badan sendiri.

8.
Baca novel-novel cinta tangkap leleh. Jangan yang 18SX sudah.
Tak pasal pasal kurang pahala puasa.

9.
    Update blog sendiri yang penting.

10.
 & Yang penting senyum. Senyum itu sedekah. Tak rugi
*kini boleh tersenyum sebab dah break-up dengan anak Gomez




Sekian terima kasih :)
photo credit to google lagi.

20110728

Bukan Harry Potter

Situasi - RG sedang text message kepada EW.

RG: EW, lama tak jumpa U. Jom keluar hari ni. Nak tak? *Sambil kenyit-kenyit mata walau si buah hati tak nampak.

EW: U nak ajak I pergi keluar mana kali ni? *buat2 beriya tanya, padahal..

RG: Jom pergi tengok movie Harry Potter part last hari ni. I memang follow dari first movie tau.

EW: Oh really? FYI, I pun okay. daaa

RG: Hmm cantik sangat lah tu babe.. So, I taknak lah miss last movie ni. Sorry lah I tak reti nak download2 bagai ni.

EW: Orite, I on je. I pun dah lama nak tengok since movie tu keluar haritu..

RG: I ambik U nanti dalam pukul 2.30pm okey. 

EW: Chopp.. Nanti kita lunch dulu eh sebelum tengok movie. Faham-faham je lah.

RG: No problemo. U tungguu okey. C ya..

EW: XOXO


Setiba RG dan EW di wayang...


RG: Alamak babe, I ingat nak tengok Harry Potter biasa je (2D). Tapi tengoklah... time show dia 2 jam lagi lah. Macam mana ni??

EW: Yelah U. Apa susah, kita tengok yang 3D punya lah. Masa dia 5 minit lagi nak start. I pun tak pernah tengok movie 3D before this. ehehe *muka jahat

RG: dalam hati (betul jugak. Tak boleh jadi ni. Aku mesti tengok jugak hari ni)

EW: U? Boleh tak? *sambil RG mengelamun kejap

RG: U ni.. Tak yah lah lame sangat tak pernah tengok movie 3D.

EW: Apa U kata? I lame? : 0  *muncung terus panjang sejengkal

RG: Alah U ni, I just joking lah. Jangan lah merajuk. Boleh, apa tak bolehnya tengok 3D. Everything for U lah EW.

EW: Apa lagi tunggu pergi lah kaunter, beli tiket sana!

RG: Sabor je lah... * sambil garu2 kepala yang tetiba terasa gatal lah pulak.


Kemudian...


EW: U kejap U. U lupa eh?

RG: What? Apa lagi?

EW: I kan belum lunch lagi! Tapi, I diet tau. Belilkan lah I pop corn besar satu... please..

RG: Okey2.. *macam tak ikhlas

EW: Sayang U lebih.. : )

RG: : ) *senyum jugak


Habis je movie...


EW: Best tak movie tadi?

RG: Best je. The last part paling sweet. Kenapa babe?

EW: Tak ada lah, saja tanya. I pun suka jugak last part tu. * masing2 fokus time tengok movie tadi dari mula samapi habis. sampai tak sempat nak cakap even berbisik. Lagi2, EW syok makan pop corn sorang, sampai licin tu.

RG: Ermm.. U, kan best kalau kita macam last part tu. Mesti best, bahagia je I rasa. I pun rasa macam tak nak bangun & keluar dari movie hall tadi. Apa pendapat U pulak?

EW: I? Hmm, gatal noo.. Tapi at the same time I sedih lah U.

RG: Sedih? Kenapa pulak nak sedih2 ni? Janganlah macam ni..

EW: Yelah I sedih. Sedih sangat tengok ending dia.

RG: Sebab???

EW: Sebab.. Sebab... Sebab..
        Sebab nanti tak dapat nak tengok my sweetheart, Harry Potter berlakon lagi. Sedih lah.. sob sob..

RG: !&%#@!^?? 

EW: Ohh Daniel Radcliff!

jeng.. jeng.. jeng.. the end
Lesson - Hidup ini penuh drama


EW - Emma Watson bukan nama sebenar
 RG - Rupert Grint juga bukan nama sebenar

 
 Sekadar hiasan tapi bukan kiasan. Just for fun.

20110725

Dek Ilusi Mata. Pelanduk Dua Serupa.


Ada seorang hamba Allah ni kata, muka saya sama dengan muka Altimet dekat atas ni. Katanya, macam abang saya. FYI, hey maaf lah ye, saya tak ada abang kandung okay.


First respond saya= Ya Allah! 
Second respond= Berteka-teki? Part mana yang sama ni? O.o
Third respond= Cuba nak zoom in, zoom out gambar ni.
Fourth respond= OUHH! Dah tau dah tau kot! *Sel-sel otak dah mata aku dah bergabung untuk menjawab teka-teki part mana yang sama or almost the same or maybe tak sama langsung kot as mention by the hamba Allah sorang ni. Ini ilusi permainan mata sahaja.
Fifth respond= No comment for that. Sengih2 + masam2...


Saya tak perlu kot nak bagitahu part mana yang sama OR maybe sama sekali tak sama langsung. Find out sendiri lah kalau berminat jugak nak tahu. Orang kata tak baik jaga tepi kain orang. Mind your own business man! Terharu pun ada orang kata muka Altimet macam abang saya. Saya pun tak tahu menahu. At last kan, saya rasa tak sama langsung but maybe lah kalau sama pun sebab kami sama-sama boleh rapping lagu hip-hop yow. haha kau tak dengar lagi aku rapping...

Thank you lah & saya tahu siapa saya. : )



20110721

Just Around the Corner

Assalamualaikum to all followers!
Tak jawab berdosa, kalau jawab sayang *aha dah tersangkut dengan qoute yang Maria Elena guna. hohoo
 
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah swt.
Dekat sini saya saja nak mengingatkan diri sendiri & korang semua yang tinggal lebih kurang 11 hari sebelum kita masuk ke bulan Ramadan al-Mubaraq. It's just around the corner. Insya'Allah. Ingat mengingati amalan baik, tak gitu?  

Dengan harapan, puasa kali ni nak buat solat sunat tarawih sebaik mungkin. Moreh jangan dilupa.

Without futher ado, sampai sini saja quick update blog kali ni yang sebenarnya tak tahu nak tulis apa lagi. Tak apa, nanti merepek pulak : (


Till here, nantikan post entry yang seterusnya.
 Wallahualam.



20110716

Arsenal ke Malaysia? Confius lah

Assalamualaikum semua.

Sekarang ni dekat Malaysia tengah dilanda musim bola sepak. Kelab bola sepak Arsenal (my favorite), Liverpool & Chelsea datang dari awal minggu ni. Sememangnya aku memang tak berkesempatan nak 'ziarah' pemain-main yang disanjung dunia ni. Maybe senang cerita malas nak gerak ke tempat yang crowded sangat. But still, jealous jugak tak dapat pergi bila tengok orang stok post gambar-gambar dekat FB. *Aku tengok jugak offical website Arsenal.

Dalam sedang ramai sibuk tengah sokong kelab bola sepak diorang *kononnya, aku nak respon sikit pasal komen yang coach Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal keluarkan hari ni dalam surat khabar sini. Dia menyeru rakyat Malaysia sendiri menyokong team Harimau Malaya. Patriotik sungguh. Mana tak nya, yelah, bila rakyat Malaysia beriya-iya sokong Arsenal hari tu Dato' K. Rajagobal pun agaknya naik angin mana pergi peminat-peminat yang dok sokong selama ini. So, Harimau Malaya pun down lah bila nampak almost all the crowd pakai baju merah which belong to Arsenal fans lah kan. Lagi gemuruh+cuak+kecut nak lawan dengan The Gunners. Tak ada semangat kebangsaan lansung mereka mereka yang datang ni. Aku faham diorang ni punya kebebasan untuk sokong team yang diorang minat beriya-iya *kononnya lagi. Beli pun tiket berpuluh-puluh, beratus-ratus hinggit, takkan datang nak sokong team tempatan yang dianggap kureeengggg. Kesian aku tengok team Harimau Malaya yang jugak beriya-iya nak jaringkan goal even diorang ni bertubuh kecik compare dengan The Gunners ni. Lagi kesian aku tengok... Ni lagi parah bila Perdana Menteri sendiri yang bagi percuma tiket-tiket Liverpool dekat radio baru-baru ni. Haishh, nampak sangat... Lagi lagi kesian aku tengok muka sedih Safee Sali, Khairul Fahmi, Idlan Talaha, Safiq Rahim.. *Bayangkan muka sedih diorang bila kalah 0-4. Tak tidur malam.

So, petang ni match Malaysia versus Liverpool FC pulak. Aku nak bagi sikit cadangan dekat depa depa yang akan datang stadium malam ni. Ini ada cadangan kalau nak kelihatan lebih patriotik, even dalam hati memang nak sokong Liverpool FC malam nanti. First, pakailah jersi favorite team korang tapi, bawak & kibarlah Jalur Gemilang. Jalur Gemilang tu tanda semangat patriotik yang dah lama korang semai dari tadika lagi. Lagi pun, merdeka dah nak dekat, apa salahnya kan? Second suggestion pulak, kalau betul nak tunjukkan semangat patriotik korang, cat muka korang gambar Jalur Gemilang. Tapi, depend lah kalau still nak pakai jersi Liverpool. Third suggestion pulak, bawak banner ' I Love You Malaysia!' even korang duduk dalam crowd yang sokong Liverpool. Mana tau dapat masuk surat khabar esok sebab paling outstanding. haha... Harap masa match dengan Chelsea nanti buatlah benda yang sama.


Buat macam abang dan kakak ni tau. Kau hado?


Okaylah, malas nak komen banyak lagi pasal ni. Lu fikirlah sendiri. Kalau betul sayang Malaysia, sokonglah Harimau Malaya. Kalau bukan kita, siapa lagi dek non? Tepuk dada tanya selera.


Segala yang buruk datang dari penulis belog ini sendiri. Today I don't feel like doing anything... hu hu hu
Sekian, wasalam : )


p/s: kalau aku pergi stadium pun aku confius nak support team mana. ngehh
pic source: berita harian

20110711

Behave!

Assalamualaikum wbt.
I just want to share two short videos featuring an old man also known as Pak Cik depan Sogo. Let's watch and listen with our heart on what he trying to speak out.


 



Lesson: It is doesn't matter who we are. A Prime Minister, a lawyer, a nurse, a teacher, a student or a beggar. We are all given a smart brain to think wisely. So, think and act like a wise man!


Wallahualam  : )

20110708

Hari Ini Hari Aku

Pelbagai dugaan yang telah Kau tunjukkan di hadapanku.

Namun aku sedar itu sebahagian cuma.

Pelbagai kejayaan juga telah Kau limpahkan buatku.

Namun aku sedar pasti itu secebis cuma dan tidak datang dari bergolek.

Aku tetap bersyukur.



Syukran Ya Allah kerana aku masih dipanjangkan umur. Hari ini umur aku genap 20 tahun.
Walaupun 20 itu nampak besar, namun diri ini masih memerlukan tunjuk ajar, panduan dan dorongan sepanjang perjalanan yang aku sendiri tak tahu bila akan tamat. Diri ini perlu menjadi lebih matang. 
Diri ini sedar semakin hari semakin tua. Semakin hari semakin berdosa. Semakin hari pun semakin pantas masa berlalu.




Selepas ini aku berazam mahu berubah kepada yang lebih baik. Mungkin 'akan' lebih sesuai daripada 'berazam'. Demi mencapai hidup yang lebih barakah.



Terima kasih kepada teman-teman dan keluarga yang memeriahkan hidup selama ini.
Diri ini sangat menghargai ucapan Selamat Hari Jadi dari kalian, walaupun hanya ucapan ringkas.
Hanya Allah dapat membalasnya.

InsyaAllah.

20110707

Korean Craze

Assalamualaikum & selamat hari Khamis semua.
Dua hari lagi. Dua hari lagi! Apa yang dua hari lagi ni? Dua hari lagi kita tak tau lagi sama ada demonstrasi yang orang sibuk sibuk cakap tu akan berlangsung atau tak. No comment. Dah lah aku dengar nak buat dekat dengan tempat aku duduk ni. Haish sabar sajalah kalau kena duduk bertapa dalam rumah weekend ni.

Apa-apa pun kali ni nak cerita sikit pasal fenomena Korean (K-Pop, korean drama series & benda berkaitan dengannya) yang aku rasa semakin menjadi-jadi di seliling aku. Sebenarnya dah lama lah jugak nak tulis topik ni, tapi otak kekontangan idea. Yelah nak tulis biar kasi terkesan sikit kat jiwa-jiwa yang membaca. pengaruh-pengaruh Korea ni bermula dekat Malaysia dengan adanya drama Meteor Garden tak pun Winter Sonata. Tak tahu lah kalau-kalau dari zaman penjajahan dah ada benda-benda macam ni kat Tanah Melayu. huhu Jadinya, mula dari itu lah ramai peminat yang tak boleh tidur malam terbayang-bayangkan muka cute pelakon-pelakon ni. Aku mengaku yang aku sedikit sebanyak terkesan jugak dari fenomena ni. Tak lah lame sangat dalam bab ni. But, treat it like other drama series. Normal je, tak ada lah sampai jadi 'die-hard fans'. Dengan kepesatan teknologi sekarang, sampai hari ni tak tahu dah berapa ratus/ribu drama-drama Korea yang masuk Malaysia. Ni belum lagi cakap pasal grup-grup penyanyi K-Pop yang ada. Nama pun grup, mestilah sekali timbul tu berduyun-duyun, nak roboh stage. Macam-macam rupa yang aku dah search kat Youtube, Super Junior, Beast, 2PM, SNSD, Wonder Girls & etc. Lagi satu, kalau dah ada music video mesti ada dance step yang aku tak dapat nafikan memang gempak bangat sih, sampai terikut-ikut. Boleh bah kalau kau? Memang bersemangat sangat tengok diorang menari tak hengat dunia. 

Kalau dah nama artis, mesti ada style nak perform kan?. Cara diorang berpakaian pun ada yang ikut-ikut especially artis-artis lelaki Korea yang dikatakan HOT sangat. Ouchhh! Part yang mana yang HOT tu aku pun tak nak komen lah kat sini sebab ada frasa "The beauty from the eye of a beholder". Lain orang lain persepsi lah katakan. Tapi, aku tak faham, kenapa mereka-mereka ni especially sebahagian besar (dibold kan kat sini) perempuan amat & sangat (sorry to say) tergila-gilakan artis mamat-mamat Korea yang pada asalnya muka-muka baru bangun tidur? Ada jugak lelaki yang minat dekat artis minah-minah Korea.

Nak diikutkan, ramai jugak artis-artis jejaka Malaysia yang boleh tahan hot2 & cute2, even lagi bersopan santun ala-ala lelaki/perempuan Melayu terakhir. Mungkin sebab, diorang lebih gemar yang bermata sepet, lelaki muka jambu, rambut perang, kurus2 atau tough2 saja?? Kalau berlakon drama yang scene2 romantik tu pun sebab berlakon ikut skrip pengarah bagi. Padahal tak lah romantik mana pun dalam realitinya. Mengikut pengalaman orang dekat sekeliling aku, ada yang tu sampai confess yang si artis korea tu suami dia. Ish ish ishh.. *Mungkin gurauan. Apalah nak jadi. Aku pun confius, dia ni waras ke tak, berangan tahap dewa. "Kalau lah aku dapat kahwin dengan ....." huhu ghostbump terus aku. Tak berpijak di bumi yang nyata langsung!

Yang sekarang ni aku tengok pengaruh-pengaruh K-Pop dah mula berkembang dalam Malaysia. It's too obvious lah. Dengar dekat radio, tak sah kalau satu hari tu tak ada satu lagu Korea. Memang best je lagu dia. Tapi, apa yang diorang cuba sampaikan dalam lagu Korea tu confirm korang tak faham satu apa. Otherwise, kalau korang belajar bahasa Korea. Entah apa yang diorang mencarut/swearing2. Harap-harap, semuanya bawak mesej yang baik belaka. sorry, sorry, sorry...Yang terbaru yang aku perasan, ada satu grup yang baru namanya VIP, yang ada penyanyi Adam (AF2) under KRU management yang bercirikan K-Pop jugak. Ada jugak dengar Lagu Sedih diorang tu, music video pun ada preview kat sini. Memang nampak ciri-ciri K-Pop di situ. Tak mengecewakan & good try jugak lah VIP. Tak tahulah lepas ni akan ada ramai lagi grup macam ni yang Made in Malaysia punya, versi M-Pop mungkin.

Tengok, sudah terang lagi bersuluh. Obviously, pengaruh Korea ni semakin menular dalam jiwa kita. Tak salah nak berhibur, tapi mesti pada jalan yang betullah. Jangan sampai terlalu memuja artis-artis Korea even artis-artis dari ceruk mana pun sebab memang tak datang untung pun. Mereka & keluarga mereka jugak yang untung nanti. Kita perlu kembali berfikir, apakah tujuan hiburan yang sebenarnya. Mungkin ada jugak yang bersetuju dengan pendapat saya dekat atas & mungkin ada yang tidak. Maaf kalau ada yang terasa sebab ni hanya satu teguran untuk semua & diri sendiri jugak untuk kembali sedar dari alam khayalan Korea yang duniawi semata-mata. Jangan pulak lepas ni benci gila-gila pulak dekat Korean artis, nanti diorang tak boleh pulak cari makan. Penat diorang buat rebonding, dye rambut, pakai bulu mata pelesu lagi. Okay, buang yang keruh ambil yang jernih ye semua.

Sekian, Adios : )








p/s: Aku layan jugak Korea2 ni sikit-sikit. Tapi, tak ada lah so into it & bila lah angan-angan nak jejakkan kaki di South Korea menjadi nyata? entahlah.

20110705

Planking: Berpapan?

Assalamualaikum & hye all : )

Hari ni nak kongsi dengan semua pasal satu benda/aktiviti/hobi yang saya baru dengar pagi tadi dekat radio iaitu planking. Maybe ada yang pernah dengar benda ni & maybe doesn't. So, nak cerita lah dekat sini. 

Apa itu planking? Kalau translate dalam bahasa Melayu kita maknanya berpapan. Ha! dah pelikkan bunyinya. Ni bukan rancangan pelik tapi benar tau, ni lah realiti. Actually, planking ni merupakan sejenis game memerlukan seseorang tu baring macam sekeping papan sambil muka menghadap ke bawah & kedua-dua tangan di sisi. Tapi, bukan yang macam korang buat masa tidur dekat atas tilam katil korang tu. Planking akan dibuat dekat atas permukaan yang pelbagai bentuk rupa. Game yang boleh dikatakan fofular dekat negara orang putih ni, memerlukan pemain bersaing untuk mencari tempat yang paling extraordinary & original untuk diorang baring.


                                       Planking Community in Facebook                                      

Kebanyakan plankers memang 'berani mati' lah orang kata sebab diorang akan memilih tempat-tempat macam dekat atas bumbung, tiang & kereta. Ada jugak yang lagi berani, diorang baring dengan letakkan bahagian kepala & kaki atas permukaan & badan diorang ni macam tergantung saja lah. Ish ish ish, bahaya sangat. Agaknya kuat sangat otot kaki & kepala diorang kan? Klik sini untuk lebih berita planking.








Sampai ada satu kes yang sorang lelaki ni dah didakwa polis sebab ber-planking atas kereta polis. Ada jugak yang dah menyebabkan kematian di mana sorang lelaki lagi dipercayai terjatuh time dia syok2 ber-planking dekat atas balkoni tingkat tujuh di Australia. Percaya tak? Free free je nyawa melayang kan? Bagi aku, memang tak patut pun planking ni diperkenalkan to public. Sebab-sebabnya:


1. Tak ada benda lain ke nak buat haa?? Lebih baik ko pergi gym, angkat berat dekat sana daripada bina otot kepala/kaki dekat tiang atau pokok.

2. Menyeksakan je benda alah ni. Dah lah kena menghadap ke bawah muka. Bayangkan, kalau baring atas jalan yang panas time tengahari. Tak ke melecur muka yang handsome/cantik tu?? Dah jadi Dayang Senandum. haha

3. Tak ada insurans kot kalau apa-apa yang tak diingini berlaku. Sendiri buat sendiri tanggung. Eden tak kiro..
4. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Ha! lebih baik sujud lama-lama atas sejadah, berdoa kepada Allah swt. Tambah-tambah amalan sunat, InsyaAllah dapat pahala jugak dik non. huhu. Daripada mati katak, kena langgar kereta tengah jalan. * tapi tak boleh samakan solat dengan planking ye. hanya perbandingan semata-mata.


Konklusinya, planking ni memang tak ada faedahnya wahai rakan-rakan. Tak relevan dalam masyarakat Malaysia & menjatuhkan maruah saja berbaring atas permukaan bumi sambil muka menghadap bawah pulak tu. Kalau nak menghukum pun planking bukanlah cara terbaik & game yang best. & Kalau frust break bercinta pun jangan amalkan ini okey. Tak berbaloi-baloi! Blog ini tak menyokong planking & jangan sesekali cuba benda ni dekat rumah atau di mana-mana lagi-lagi dekat public. Buat malu kaum saja.




p/s: Orang kata badan saya macam papan. Tidak lagi kot. yeahh ; D ehehe
sumber: wikipedia, facebook.com 

20110629

Watch out!

For your information my blog is still under renovation. Kerja-kerja mencantikkan dan menambah baik kualiti belog ARMYRULE'Z 'kegemaran' semua sedang berlangsung. *haha syok sendiri
Kalau dah nama pun renovation mestilah ambik masa sikit kan kawan-kawan. Bukan apa, ini untuk kebaikan diri sendiri dan kawan-kawan so that, my blog will not looking too messy and too fancy yang tidak berkaitan. Maybe it almost finished with just few touch-up here & there.
I hope u guys enjoy reading my blog with more quality, mature contents & sharing.
Wait & watch out coz my blog gonna ROCK your life just around the corner!


ADIOS : )

20110627

Perkhabaran Isnin

Assalamualaikum & selamat petang yang panas.
Entry ini ditulis kerana aku masih duduk lagi di rumah tanpa sebarang pekerjaan tetap selama cuti ini. Angan-angan memang tinggi untuk kerja. Bak kata ayah aku, muka aku macam takda orang nak bekerja. Mungkinkah sebab muka aku ni masih muda remaja, setahun jagung? Aku pun tak pasti. Takpalah bersabar. Mungkin lain kali rezeki itu akan tiba dari Dia. Dia Maha Mendengar segala permintaan hamba-Nya yang lemah ini. Kepada kawan-kawan yang bekerja, saya ucapkan enjoy your work & take it seriously for this quite short time till we meet again later. 

Tengahari ini jugak dah keluar result semester lepas. Semua hasil usaha yang tak seberapa keras aku & masih memikirkan soal lain which is not really concentrate on my study. Ada sibuk sikit-sikit bab lain jugak lah maknanya ni. Hasilnya, sekali lagi hati aku kurang senang dengan result yang dikeluarkan walaupun meningkat sikit. Alhamdulillah wal Allahuakbar. Bak kata Albert Einstein, "Semakin banyak ilmu yang aku pelajari, semakin aku rasa diri aku bodoh." (kalau salah harap betulkan kata-kata ni) Kekadang aku rasa begitu. Atau kata-kata ini mungkin itu hanya alasan kerana anggap otak kita semakin lembab & tua? Instead of anggap diri kita ini semakin kecil di sisi Dia yang Maha Berkuasa di seluruh alam semesta.

Apa-apa pun, TAHNIAH kepada kalian yang cemerlang, Dean List untuk semester ni. Sesungguhnya diri ini cemburu dengan kejayaan kalian. Ini boleh dijadikan pendorong semangat atau catalyst untuk aku terus berjuang dalam menuntut ilmu di jalan yang diberkati Dia.


InsyaAllah.
p/s: at least i'm trying than cheating.