20110527

S.E.N.Y.U.M.

Ini short post dari saya.
Pasal apa? 
Ini dia. Nahh.




Haritu balik UTM sekejap sebab ada konvensyen PEMADAM IPT,
saya tetarik dengan satu banner yang digantung.
Dari jauh besar-besar nampak picture 'smiley'.
Rupa-rupanya kempen
senyum :)
SMILE!
say chesse people.
senyum, tak perlu kata apa-apa.
senyumlah ahai cekmek molek. adoyai
Bagus jugak kempen ni dibuat. Especially, untuk para staff.
Yelah, kalau berurusan tu tak lah masam memanjangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg.
*ok tak boleh panjang lagi ke?
Susah sangat ke nak senyum?
Senyumlah kerana senyuman itu sedekah.



{Blog Ini Menyokong Kempen Senyum}
*jemputlah copy gambar smiley di atas sebagai tanda sokongan.

20110525

Hijab: A Phenomenon or what?

Hello. Assalamualaikum to readers.
Wassup guys?! Masing-masing tengah enjoy buat apa yang korang buat sekarang but still layan blog saya. Trimas sangat!


Kali ni nak share sikit pasal tudung. Bukan tudung saji kat dapur tu lah tapi so called Hijab in english. Tapi dekat sini nak kupas sikit pasal gaya pemakaian atau style tudung yang dikenakan untuk menutup bahagian rambut kepala wanita-wanita especially dekat Malaysia ni. Isu ini dipandang enteng oleh masyarakat sekarang, sedangkan ini lah isu yang penting. Yelah, sejak kebelakangan ni kita sendiri dapat tengok macam-macam jenis rupa tudung & cara pemakaian yang digayakan oleh kaum hawa. Ada yang terjurai-jurai, ada yang terlalu singkat, ada yang bermanik-manik, ada yang berbunga-bunga & hinggakan ada yang sampai berbelit-belit sampai nk tercekik leher dibuatnya. MasyaAllah, manusia2. Cantik tu memang cantik lah. Ayu & sweet sangat bila tengok, tapi apa sebenarnya niat dan tujuan seseoran individu itu memakai tudung?


Di Malaysia, berdasarkan pemerhatian pemilik blog ini sendiri, pemakaian tudung pada hari ni seolah-olah menjadi satu trend especially to teen girls. Kalau dekat sekolah dulu ada jugak situasi di mana dekat sekolah pakai tudung but, bila habis saja waktu sekolah, tudung ke mana apa ke mana. Anak tudung jangan cakap lah. Ish3.. Tak tahu lah nak kata apa.
Actually, apa sebenarnya nawaitu diorang pakai tudung? Is it just to attend kelas Pendidikan Islam sebab ustaz atau ustazah yang suruh pakai? Or is it to looking nice dekat budak-budak laki dekat sekolah? Or just to follow kawan-kawan & sebab parent dah belikan masa awal tahun? Hmmm.. I'm as a guy yang pernah tengok dengan mata sendiri tak tahu kenapa benda macam ini boleh terjadi.
Adakah kurang didikan agama oleh parent dekat rumah or simply caused by peer pressure too?
Adakah tudung satu fenomena atau tuntutan? *entahlah
I DON'T KNOW & NOT SO SURE ABOUT IT.


But what I'm sure here is that now, yang the teen girls or even the makcik-makcik mengenakan tudung dengan pelbagai cara iaitu dengan mengikut gaya-gaya selebriti memakai tudung. Makcik pun taknak kalah tau bukan main gaya tudung vogue mengalahkan Dato' Siti. haha.. Kadang tu, bukan nak kata apalah, sanggup pulak tu berhabis duit untuk dapatkan tudung yang lain daripada yang ada. Tapi takpalah kalau niat di hati tu memang betul-betul nak pakai tudung kerana Allah. It's okey. Ini tidak, nanti tudung-tudung dekat rumah tu buat perhiasan saja.


Some of the teenagers sekarang ni terlalu mengikut gaya selebriti pujaan diorang, sampaikan ada yang obses sangat sampaikan muka pun nak dekat sama dengan selebriti yang diorang minat sangat tu & antara selebritinya ialah Yuna, Wardina Saffiyah, Heliza Helmi, Hana Tajima & etc. Sampai tak kenal mana Yuna yang tulen sebab muka semua sepesen je. Satu lagi, kalau nak hari raya tu akan ada nama-nama tudung based on nama artis macam tudung Ekin(isteri Mawi), tudung Wardina & etc.


she's inspired


at her own class


as a fashion designer


mata bulat o.o


 a good mother


Bukan tak bagus ikut selebriti-selebriti ni tapi, tengoklah, diorang tu artis, perlulah ada outstanding style sikit dari orang biasa. Lagipun diorang berharta so, kenalah jaga standard sebagai public figure. Tak kurang jugak there are some celebrities yang juga hanya mengenakan tudung untuk tuntutan kerja untuk berlakon & duta jenama tudung. Tapi, harammmm, pakai tudung tu for that purpose only. Saya tak gemar langsung. Hipokrit sangat weyh! Nama pun pelakon, nak buat macamana.


not good                                            much better


Berkenaan tajuk ni, saya teringat satu dialog salah seorang pelakon yang berlakon dalam filem Aku Masih Dara. Dialog dia cakap dekat kawan dia lebih kurang macam ni " Alah, perempuan-perempuan yang pakai tudung sekarang ni pun sebab nak cover love bite (or something yang mengaibkan) diorang". MasyaAllah. Saya tak tahu sejauh mana kebenaran kenyataan tu atau ia sekadar dialog rekaan semata-mata yang takda kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Personally, first time saya dengar dialog tu I'm getting bit shocked. Terkezzzut & terkedu di situ ye, harap-harap tak betullah apa yang disampaikan tu. Kalau betullah situasi ni, nauzubillah min zaliq.


So, saya cuma untuk berkongsi dan cuba membuka minda kalian semua terutamanya the girls yang tertakluk dekat kategori yang saya mention dekat sini. Dengan harapan, agar dapat membetulkan semula nawaitu diri dalam memakai hijab/tudung iaitu untuk memenuhi tuntutan agama Islam semata-mata. Ubah sikit cara pemakaiannya. InsyaAllah.
& Kepada yang masih yang belum berhijrah kepada yang lebih baik, diharapkan dapat berhijrah ke jalan yang diredhai Allah swt. If not, azab neraka menanti di akhirat kelak. Tapi, dalam Islam tiada paksaan.


Renung-renungkan & selamat beramal dengan iman :)


THANK YOU!
happy to share. 



*free to leave comment or idea on this topic. tq
**photo: google, yahoo, facebook

20110514

4 Sahabat

Hooray akhirnya. Akhirnya semester break datang lagi.
Siapa tak gumbira?


Mana taknya, semua beban kerja assignment, quizez, test & etc. dah lepas untuk semester ni.
Tapi ingat, ni baru habis tahun satu beb. Dah kenapa kali ni beb beb segalak nih. Haish bahasa bahasa.


Baiklah kali ni cuti 4 bulan.
Dalam benak kepala aku nak bekerja. Nak cari duitlah katakan.
InsyaAllah ada rezeki nanti dapat lah kerja yang halal.
Saya jugak percaya mesti kawan2 yang lain mesti menyibukkan diri jugak time cuti semester ni.


Dalam masa 4 bulan 'kerinduan' kat geng2 yang rapat mesti timbul nanti. Yelah, before this kawan2 kita yang take care kita kalu kita demam ke, ada problem ke, teman gossip ke (opss jaga mulut anda), 'candlelight-dinner-partner' kita ke & apa2 lah yang sewaktu dengannya. Kalau sibuk wat assignment pun dengan mereka jugak. Sampai dah muak asyik tengok muka diorang je. Tapi takpa.

Sini nak cerita sikit pasal profil2 geng yang rapat dengan saya kat Skudai.

1. Bob. Bukan, bukan Bob the Builder yang cartoon tu.

Panggil Izzat pun boleh.
Dari namanya pasti anda tahu orangnya macamana. Gagah sungguh + pujaan malaya.
Bob adalah roomate kesayangan aku tahun ni. hehe.
Yup. I did care 'bout him. 
Nak tau tak, Bob ni 'die-hard-fan' Amir Maharajalawak tau. Haha. Nama sama plak.
Aku harap dapat duduk dengan si Bob lagi tahun depan. Tak tahu lah kalau dia nak ke tak.
Bob tak lah LAME sangat sebab dia ada belog. Bukan coolblog, tapi laman belog lah.
Kalau nak jenguk2 belog dia klik lah sini ye. Dia blogger kesepian. Menarik lah jugak siap ada lagu lagi beb. Kau hado? Pak cik pun tak hado.


eh bob anda nampak kurus dalam gambar atas


2. Radhie aka Ustaz Didi (nama terbaru gitu, jangan marah klu ak mention kat sini).

Si Radhie ni budak Kg Gembut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Alamat penuh tu.
Anak jati Johor tu & dia ni kembar. Nama kembar dia Rafiq pulak tapi, sorang study kat UTM sorang lagi kat UPM.
Satu benda yang interesting pasal dia ni, dia terel buat silap mata, MAGIC! Kembar dia pun sama jugak tau. 
Radhie minat sangat dengan lagu2 lama, klasik gitu. Alah, lagu2 kat Klasik Nasional / Sinar fm tu. && Ahmad Jais lah idola dia ni. Percaya tak? Percayalahhh!  
Lagi satu, Radhie hebat subjek Math for GIS. Kalau tak faham maths refer dia, instead refer to lecturer. haha. Thanks a lot Radhie atas ilmu yang ko ajar aku. Nanti ajar lagi ye...
Dia pun ada belog jugak. Haruslah. Kalau nak jenguk2 belog dia klik sini.


simpy radhie


3. Aqiff atau nickname dia MAAW. Apakah MAAW tu? Find it urself. *chehhhh..

Aqiff sebilik dengan Radhie. Dia ni asal dari Kelatan. Owhh Abe Klate rupenya. Tapi, stay dekat Kajang.
Satu sikap yang best kat Aqiff ni, dia sorang yang relax + chill je. CHILLEX bro!
Kalau dah nak exam pun dia still relax je. Maybe dia dah pandai. Siap layan movie lagi tu. Lain orang lain caranya kan? I like.
Aqiff ni seorang businessman yang berkaliber & berwawasan. Actually, Bob & Radhie pun businessman jugak, bawah satu business group yang sama. Nama group tu DEVO. Nama profile kat FB diorang bertiga sama2 ada nama DEVO. Businessman muda lah katakan. huhu
Bakal millionare $. InsyaAllah kau boleh, kalau dah kaya jangan lupa aku ye Qiff. Kepada sesiapa yang nak masuk line, status dia pun eden tak tau. Konpius eden. & sorry, he got no blog, just FB.


awat kepit ketiak?


Rasanya sampai kat sini jelah celoteh aku pasal geng2 yang rapat dengan aku. Kalau dah menghupdate belog, aku memang tak hengat donia.
Anyway, selama setahun aku berkenal dengan korang, sama2 redah segala susah senang, since kita jumpa time minggu MTM, aku nak minta maaf towards every wrongs i did all this while. Seriously. Halalkan makan & minum aku ye. 0-0. I'm just a weak boy.
Korang memang among the best person i meet in life. Baik buruk korang aku terima & aku harap korang pun macam tu jugak. Terima Kasih Sangat! Honestly.

Sorry kalau petang2 aku tak dapat nak main futsal sama2 even jersey team dah ada. Ini kan pulak main futsal time malam. Semester depan aku akan cuba luangkan masa dengan korang & budak lain. Ok. I'll try.

Naik semester depan jumpa lagi dengan semangat baru untuk belajar. :)
I hope you are still who you are. Maknanya tetap orang yang sama but a better person.
Jaga diri masing-masing time cuti semester ni ye kawan-kawan.

With God Willing,
InsyaAllah... 
















Till here.
With Love,
From Amirul.


20110507

Solat Berjemaah

Assalamualaikum wbt.

Saya ada sedikit perkongsian di sini.
Perkongsian yang disampaikan pada solat jumaat minggu ini.
Kali ini mimbar mengingatkan semua berkenaan fadhilat solat berjemaah.

I'm sure, semua tahu solat jemaah tu apa kan.
Kalau tak tahu, tak tahu nak kata apa. Tak apa, tak apa. Ni nak habak mai.
Solat berjemaah merupakan solat secara beramai-ramai. Terdiri daripada seorang imam dan paling kurang seorang makmum.

Hukum solat berjemaah adalah sunat muakkadah atau fardhu kifayah jika dilihat kepada hukumnya bagi setiap waktu sembahyang satu persatu, tetapi jika dilihat kepada hukumnya secara keseluruhan, maka hukum sembahyang berjemaah adalah fardhu ain.

Pembaca yang dikasihi sekalian,
Dengan rendah dirinya saya mahu berkongsi 5 fadhilat yang disampaikan mimbar hari ini.


1. Solat jemaah merupakan ibadah sunat yang amat ditekankan oleh Rasullulah s.a.w, para ulama' dan tabiin.


2. Solat berjemaah dapat membentuk peribadi muslim yang berdisiplin. Ini kerana solat tepat pada waktunya.


3. Para jemaah bakal mendapat ganjaran besar iaitu 27 kali ganda pahala berbanding solat secara bersendirian. InsyaAllah..


4. Solat berjemaah mampu mempamerkan serta membuktikan betapa kuatnya dan kukuhnya perpaduan dalam ummah Islam sama ada masyarakat setempat mahupun luar dari kawasan.


5. Sesiapa yang sembahyang Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun separuh malam. Manakala sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam.

Ibnu Mas'ud berkata:

Memang jelas daripada pemerhatianku, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah melainkan orang munafik yang jelas sikap munafiqnya.
                                                                                                                            
                                                                                                                                 Riwayat Muslim.


Saya sendiri terasa ingin memperbaiki solat saya.
Serta terasa diri ini kecil di sisi Allah taala.


Dan tiba-tiba terasa rindu nak solat jemaah dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam. Tempat lama saya yang dirindui.
InsyaAllah, mungkin satu hari nanti menjejakkan kaki semula ke sana sebab masih tak lah jauh mana dari rumah sekarang pun.


Lihat saja keindahan senibina masjid ini.
Mesti tertarik.



Wallahualam.


*Blog ini menyokong
budaya ingat mengingati &
pesan memesan perkara baik*




 *sumber: google dan pusat islam utm

20110503

Self-conflict

Assalamualaikum & hello to my loyal readers.

This morning i had a self-conflict.
Conflict 'bout what?

Conflict 'bout revise survey and mapping.
Yup.
It just, i don't know where to start, who i want to refer. Travesing, latit, depart, tacheometry, etc
Instead of just refer to the note, friends and to the...

pssttt..

My lecturer is just a so-generous man.
He help my classmate & me a lot for this time.

Thank you prof! :)

I hope this time, we will not dissappoint you, prof.
It such a BIG HELP, indeed.

but my conflict is continue till the paper is done.