20110705

Planking: Berpapan?

Assalamualaikum & hye all : )

Hari ni nak kongsi dengan semua pasal satu benda/aktiviti/hobi yang saya baru dengar pagi tadi dekat radio iaitu planking. Maybe ada yang pernah dengar benda ni & maybe doesn't. So, nak cerita lah dekat sini. 

Apa itu planking? Kalau translate dalam bahasa Melayu kita maknanya berpapan. Ha! dah pelikkan bunyinya. Ni bukan rancangan pelik tapi benar tau, ni lah realiti. Actually, planking ni merupakan sejenis game memerlukan seseorang tu baring macam sekeping papan sambil muka menghadap ke bawah & kedua-dua tangan di sisi. Tapi, bukan yang macam korang buat masa tidur dekat atas tilam katil korang tu. Planking akan dibuat dekat atas permukaan yang pelbagai bentuk rupa. Game yang boleh dikatakan fofular dekat negara orang putih ni, memerlukan pemain bersaing untuk mencari tempat yang paling extraordinary & original untuk diorang baring.


                                       Planking Community in Facebook                                      

Kebanyakan plankers memang 'berani mati' lah orang kata sebab diorang akan memilih tempat-tempat macam dekat atas bumbung, tiang & kereta. Ada jugak yang lagi berani, diorang baring dengan letakkan bahagian kepala & kaki atas permukaan & badan diorang ni macam tergantung saja lah. Ish ish ish, bahaya sangat. Agaknya kuat sangat otot kaki & kepala diorang kan? Klik sini untuk lebih berita planking.








Sampai ada satu kes yang sorang lelaki ni dah didakwa polis sebab ber-planking atas kereta polis. Ada jugak yang dah menyebabkan kematian di mana sorang lelaki lagi dipercayai terjatuh time dia syok2 ber-planking dekat atas balkoni tingkat tujuh di Australia. Percaya tak? Free free je nyawa melayang kan? Bagi aku, memang tak patut pun planking ni diperkenalkan to public. Sebab-sebabnya:


1. Tak ada benda lain ke nak buat haa?? Lebih baik ko pergi gym, angkat berat dekat sana daripada bina otot kepala/kaki dekat tiang atau pokok.

2. Menyeksakan je benda alah ni. Dah lah kena menghadap ke bawah muka. Bayangkan, kalau baring atas jalan yang panas time tengahari. Tak ke melecur muka yang handsome/cantik tu?? Dah jadi Dayang Senandum. haha

3. Tak ada insurans kot kalau apa-apa yang tak diingini berlaku. Sendiri buat sendiri tanggung. Eden tak kiro..
4. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Ha! lebih baik sujud lama-lama atas sejadah, berdoa kepada Allah swt. Tambah-tambah amalan sunat, InsyaAllah dapat pahala jugak dik non. huhu. Daripada mati katak, kena langgar kereta tengah jalan. * tapi tak boleh samakan solat dengan planking ye. hanya perbandingan semata-mata.


Konklusinya, planking ni memang tak ada faedahnya wahai rakan-rakan. Tak relevan dalam masyarakat Malaysia & menjatuhkan maruah saja berbaring atas permukaan bumi sambil muka menghadap bawah pulak tu. Kalau nak menghukum pun planking bukanlah cara terbaik & game yang best. & Kalau frust break bercinta pun jangan amalkan ini okey. Tak berbaloi-baloi! Blog ini tak menyokong planking & jangan sesekali cuba benda ni dekat rumah atau di mana-mana lagi-lagi dekat public. Buat malu kaum saja.




p/s: Orang kata badan saya macam papan. Tidak lagi kot. yeahh ; D ehehe
sumber: wikipedia, facebook.com 

2 comments:

  1. tapi kan, planking ni, kalau dah start buat, memang addict tau.
    tp mostly yg addict sgt smpai jadi fanatik tu yg smpai maut bagai.

    cer kau try planking atas kete en.azman? mercedes woooo! hahaha

    ReplyDelete
  2. aten: yup, entah apa yg syok ntah.
    wooo kete en. azman? tak mampu. nnti aku yg ter-planking dek kete dia.. hoho

    ReplyDelete