20110708

Hari Ini Hari Aku

Pelbagai dugaan yang telah Kau tunjukkan di hadapanku.

Namun aku sedar itu sebahagian cuma.

Pelbagai kejayaan juga telah Kau limpahkan buatku.

Namun aku sedar pasti itu secebis cuma dan tidak datang dari bergolek.

Aku tetap bersyukur.



Syukran Ya Allah kerana aku masih dipanjangkan umur. Hari ini umur aku genap 20 tahun.
Walaupun 20 itu nampak besar, namun diri ini masih memerlukan tunjuk ajar, panduan dan dorongan sepanjang perjalanan yang aku sendiri tak tahu bila akan tamat. Diri ini perlu menjadi lebih matang. 
Diri ini sedar semakin hari semakin tua. Semakin hari semakin berdosa. Semakin hari pun semakin pantas masa berlalu.




Selepas ini aku berazam mahu berubah kepada yang lebih baik. Mungkin 'akan' lebih sesuai daripada 'berazam'. Demi mencapai hidup yang lebih barakah.



Terima kasih kepada teman-teman dan keluarga yang memeriahkan hidup selama ini.
Diri ini sangat menghargai ucapan Selamat Hari Jadi dari kalian, walaupun hanya ucapan ringkas.
Hanya Allah dapat membalasnya.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment