20110629

Watch out!

For your information my blog is still under renovation. Kerja-kerja mencantikkan dan menambah baik kualiti belog ARMYRULE'Z 'kegemaran' semua sedang berlangsung. *haha syok sendiri
Kalau dah nama pun renovation mestilah ambik masa sikit kan kawan-kawan. Bukan apa, ini untuk kebaikan diri sendiri dan kawan-kawan so that, my blog will not looking too messy and too fancy yang tidak berkaitan. Maybe it almost finished with just few touch-up here & there.
I hope u guys enjoy reading my blog with more quality, mature contents & sharing.
Wait & watch out coz my blog gonna ROCK your life just around the corner!


ADIOS : )

20110627

Perkhabaran Isnin

Assalamualaikum & selamat petang yang panas.
Entry ini ditulis kerana aku masih duduk lagi di rumah tanpa sebarang pekerjaan tetap selama cuti ini. Angan-angan memang tinggi untuk kerja. Bak kata ayah aku, muka aku macam takda orang nak bekerja. Mungkinkah sebab muka aku ni masih muda remaja, setahun jagung? Aku pun tak pasti. Takpalah bersabar. Mungkin lain kali rezeki itu akan tiba dari Dia. Dia Maha Mendengar segala permintaan hamba-Nya yang lemah ini. Kepada kawan-kawan yang bekerja, saya ucapkan enjoy your work & take it seriously for this quite short time till we meet again later. 

Tengahari ini jugak dah keluar result semester lepas. Semua hasil usaha yang tak seberapa keras aku & masih memikirkan soal lain which is not really concentrate on my study. Ada sibuk sikit-sikit bab lain jugak lah maknanya ni. Hasilnya, sekali lagi hati aku kurang senang dengan result yang dikeluarkan walaupun meningkat sikit. Alhamdulillah wal Allahuakbar. Bak kata Albert Einstein, "Semakin banyak ilmu yang aku pelajari, semakin aku rasa diri aku bodoh." (kalau salah harap betulkan kata-kata ni) Kekadang aku rasa begitu. Atau kata-kata ini mungkin itu hanya alasan kerana anggap otak kita semakin lembab & tua? Instead of anggap diri kita ini semakin kecil di sisi Dia yang Maha Berkuasa di seluruh alam semesta.

Apa-apa pun, TAHNIAH kepada kalian yang cemerlang, Dean List untuk semester ni. Sesungguhnya diri ini cemburu dengan kejayaan kalian. Ini boleh dijadikan pendorong semangat atau catalyst untuk aku terus berjuang dalam menuntut ilmu di jalan yang diberkati Dia.


InsyaAllah.
p/s: at least i'm trying than cheating.

20110623

Hal Jordan vs Harry Potter

 

Green Lantern. Rating movie ni bagi: 4/5 bintang! Sebab best tengok 3D & aksi pun boleh tahan. Tak tipu.

Movie yang patut tak dilepaskan lepas ni pulak adalah Harry Potter 7 yang memang aku follow dari movie pertamanya. Tapi diakui, kekadang tu tak faham jalan ceritanya. Apa apa pun, tunggu bulan depan ye Emma Watson. haha DANG! ; )
 




20110620

La la la. Kerja

Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik dah sebulan lah jugak saya bercuti semester break. Dari Konvensyen PEMADAM, majlis kahwin saudara mara, jalan-jalan holiday semua dah dibuat. Ha! tapi satu benda yang belum buat untuk masa ni which is working! Adoyai, sebenarnya start awal minggu lepas baru apply kerja. Tapi, masih tak dapat calling dari tempat yang nak kerja tu. (T_T) Ada yang kata tunggu lepas dua minggu dari tarikh yang interview haritu. Ada yang macam confirm, cakap macam dah memang boleh kerja. Tapi macam haram takda follow up pun untuk dipanggil kerja. Ni apa kes ni? Gambar, fotostat i/c pun dah bagi ni?? Maybe, sebab first time aku nak berkerja menghambakan diri kat tempat kerja. Lagi satu ada yang tempat yang nak tanya pasal vacancy tu nak pekerja perempun saja pulak tu. Hiassshhh diskriminasi jantina jugak ni. watdafish &$#!*

Mungkin ni lah antara sebab-sebab berlakunya pengangguran (bukan buah anggur okey) atau orang kampung saya panggil jobless or unemployed dalam kalangan belia sekarang ni. Atau mungkin terlalu memilih kerja. Perhaps?

So, kepada majikan-majikan di luar sana saya menyeru untuk ambil lah saya kerja. I'm begging. haha. but not too desperate tau! Sebab saya punya misi. Misi apa? This is my possible mission! *klik sini Sebenarnya lebih dari misi tu. PLEASE! Harap-harap minggu ni dah boleh berkerja. hehe... Doakan saya kawan-kawan.

Okey sampai sini saja, ADIOS! : )

20110615

Selamat Hari Abah

Hello & assalamualaikum wbt. Hey, this week adalah Father's Day. I'm actually don't know when is exactly Father's Day ni, I had no idea. *Siapa tahu boleh lah bagi komen dekat bawah nanti eh.. ehehe. Setiap kali Mother's Day people more noticed excited about it compare to Father's Day. It's look macam Father's Day ni kurang penting. Pada saya, sepatutnya Father's Day atau Mother's Day ni tak patut disambut pada hari yang dah dikhaskan saja instead of, patut di sambut bila-bila masa yang kita nak. Ya tak? Maknanya di sini, ibubapa kita haruslah dilayan, disambut baik pada setipa hari. Treat them as the very special one everyday. We as a son, perlu membalas jasa dan pengorbanan ibubapa kita yang telah bersusah payah membesarkan kita dari sebesar tapak tangan hinggakan lebih tinggi dari mereka mungkin atau dah besar panjang ni atau dah tua-tua bangka ni. Ayah dan bonda berusaha memerah keringat untuk mencari rezeki siang mahupun malam, daddy berjaga pada malam hari sewaktu kita bayi untuk mendodoikan & menghayunkan buaian kita, mama yang menyusukan kita, abah yang menghantar & menjemput kita pergi & balik sekolah, ibu yang menyediakan sarapan pagi, makan tengahari untuk kita, walid yang bagi kita duit belanja sekolah, ummi yang memandikan kita sewaktu kecil, ayah yang mengajar kita merangkak, bertatih, berjalan & berlari dengan baik dan segala yang mungkin sehingga kita dewasa ini. Kalau nak diikutkan takkan mampu terbalas jasa-jasa & pengorbanan yang dibuat terutamanya si ibu demi kepentingan anak yang dikandung selama 9 bulan dalam badannya. Kekadang kita terlupa yang kita merupakan insan yang istimewa di mata ibubapa kita. Walau kita tinggal berjauhan dengan mereka, kita perlu ingat yang we still have parents, bersyukurlah masih ada ibu dan bapa. They are a sweet couple ever in our life. They still and always love & be by our side for us so, we have to pay back for what they gave to us all this while. Kita sebagai anak harus menjaga qalbun ibubapa, jangan buat benda-benda yang boleh menconteng arang ke muka ibubapa kita. Don't dissapoint our parent.
Mungkin dengan adanya sambutan Father's Day & Mother's Day membuatkan kita lebih sedar betapa besar pengorbanan ibubapa dan pada hari inilah masa yang ideal untuk kita melayan ibubapa kita dengan cara yang terbaik dan sepatutnya. Takkan nak bagitahu jugak kot apa yang patut korang buat kan?.
Okey, I just hope all of you enjoy with your family to celebrate this coming Father's Day. Maybe dengan chill out together or even have a picnic ke. Mesti sweet sangat.

Saya hanya nak ambil kesempatan yang Allah berikan untuk mengucapkan
SELAMAT HARI ABAH
kepada ABAH tercinta, ENCIK JASMI BIN JALAR.
ABAH YOU ARE MY HERO!
HAPPY FATHER'S DAY TOO TO ALL FATHERS ALL OVER THE WORLD!



p/s: walau abah tak membaca ini. i hope you know that i love you abah! insyaAllah nanti kita celebrate sama-sama. *terharu

20110612

Jalan-jalan Utara (part 2)

Baiklah. Kisah Jalan-jalan Utara bersambung sekarang.
Kami sekeluarga pun sebenarnya tak plan nak pergi ke tempat ni pada awalnya. Tempat ni betul-betul tak pernah pergi. So, kawan ayah saya pun bercadang nak ajak kami pergi THAILAND. Hanya selatan Thailand. 






 


Seronok sebab takda pasport pun kami sekeluarga boleh masuk sempadan & bawak kereta sendiri lagi. Excited & beruntung sesangat beb! Kawan ayah saya tu macam tourist guide dah. Thank you bang (sebab belum kahwin lagi) huhuu. Aktiviti dekat sana again adalah shopping shopping & shopping again! 
Nama tempat yang kami pergi namanya Sadao & Padang Besar, Thailand. Nama dia samalah dengan Padang Besar, Malaysia.
Penduduk dekat area sana still boleh bertutur dalam bahasa Melayu selain bahasa siam sendiri tau. So, tak ada masalah lah dalam berkomunikasi. Murah jugaklah barang-barang yang dijual. Baju, seluar, tudung, buah-buahan & banyak lagi lah buah tangan yang boleh beli.
Lepas saja shopping sempatt lagi singgah sekejap dekat restaurant makanan halal dekat sana. Laju saja makan, yelah dah letih berjalan-jalan & memang dapat makan the real tomyam lah. Sementara tunggu makanan sampai, kitaorang berpeluang bagi gajah makan. Dekat sana ada gajah yang dibawa berjalan-jalan tepi jalan untuk pelancong-pelancong bergambar & bagi makan gajah-gajah ni. : ) 










Sebelum maghrib kitorang pun bergerak keluar dari Thailand. AWESOME!
Hopefully, after this dapat datang Thailand lagi. Mungkin ke Phuket atau The Floating Market  diorang pulak. 


InsyaAllah.
BON VOYAGE THAILAND FOR THIS TIME.

20110610

Jalan-jalan Utara

Assalamualaikum semua & salam petang jumaat. :)

Saya gembira. Gembira sebab apa?
Sebab dapat jalan2 ke utara; Perak, Kedah, Perlis & Penang, last few days with my family yaw. huhuhu
Sebenarnya pergi sana sebab ada jemputan majlis walimatulurus saudara. Haruslah pergi. Lagipun memang dah lama tak gerak negeri utara. It's more than 10 years, I think.
Rumah saudara tu dekat Sungai Petani Kedah nuuuunnn. Lepas je majlis tu apalagi jalan2 lah. Sambil menyelam minum ayak (air loghat kedah). But, my sister tak dapat ikut sekali sebab ada class hari isnin & selasa nya. hmmm tak apa.
Kamera haruslah ada bersama kami to snap the moment. DANG!
Ini boleh dikatakan jalan2 holiday yang sekejap. Sebab satu tempat tu sekejap-sekejap saja. Almaklumlah bukan senang nak pergi utara no, sekali-sekala.

First place yang dilawat adalah Menara Alor Setar.
Taklah tinggi mana, tapi architecture-nya bagus lah. Dah sampai mestilah naik atas menara tu but, pelawat tak dapt naik sampai tingkat atas sekali menara ni. Sampai dekat ruang pemerhati saja. Alahh, ni yang tak best ni. Baru ingat nak feel ala2 skydiver macam yang Yuna buat dalam iklan tu. "Anda buatlah sesuatu yang baru" katanya.
Dapat lah teropong2 the scenery from the top of the tower. Pemandangan boleh tahan lah, CANTIK dengan angin 'sepoi-sepoi bahasa' lah orang kata.



the tower


a great view


giler NIKON!


pantang larang bila gunakan teropong



The next day pulak our plan is going to Perlis. Mana lagi kalau bukan Padang Besar lah.
Jauh jugak perjalanan dari Alor Setar menuju ke Padang Besar. OTW ke sana, yang menariknya dapat tengok tanaman tebu untuk diproses jadi gula. Luas jugak tanah yang diorang guna buat tanam tebu. Hijau saja sepanjang perjalanan tu & nama tempat yang kitorang lalu tu namanya Chuping. Cuping telinga? First time dengar seyhh. Dapat jugak lalu depan kampus Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). The location agak pendalaman jugak lah & malam mesti sunyi sepi + gelap gulita.
Bersyukur dapat UTM. UTM MY HEART ! Okey itu sekadar selingan. 
Sambung balik cerita tadi. Kalau namanya Padang Besar mestilah aktiviti yang wajib untuk semua adalah shopping. Tak pun window shopping saja kalau tak nak beli. hahaa. Dapat lah cuci-cuci mata.
Actually, ini bukan first time pergi Padang Besar. Ini my second time been there. Dulu pergi masa sekolah rendah, masa darjah berapa entah. Dah lama (as mention earlier).
Masa jalan tetiba pulak aku teringat yang ada sorang kawan budak Perlis. Yusrin Faiz. Mana ek dia duduk. Boleh datang rumah dia, kunjung mengunjung. haha Kau tengah buat apa sekarang? Main sepak takraw ke?



dulu lain sekarang lain



this still the same. perhaps.


muka penat dari saya. *hamboi banyak barang, tettt



By the way, tak banyak sangat barang beli pun. Dapat lah T-shirt sehelai.
Yang banyak beli makanan saja. For my nafsu makan tummy jugak.
Actually, my father ada seorang kawan jugak bertugas dekat area sini. My father told me that, kawan dia ni dah biasa lah jalan dekat sini. So, my father plan to ask his friend to guide us untuk jalan-jalan dekat Perlis. Jeng Jeng... Nak tahu tak kitorang satu family pergi jalan mana pulak lepas tu.
hurmmm tunggukan sambungannya yeah kalau nak tahu lah.
haha DANG!


the journey will be continue...

20110603

Sold Out Punya Pasal

"Encikkk, boleh mintak tolong encikkk! Hantarkan saya balik rumah, dekat je encikkk! Depan tu je encikkkk!"
"Hehehehe"


Wokeyh.
Apa bendalah yang aku merepek kat atas? huhuu..
Tu sebenarnya dialog hantu-makcik-kebaya-bulu-mata-lentik-naik-volkswagen-kuning.


Sebenarnya semalam sekali lagi pergi tengok movie.
Filem 18 tahun ke atas, KARAK.
Tergelak-gelak jugak lah sebenarnya dengar dialog dekat atas tadi dalam filem ni. Kelakar je dengan nada yang tak tahu nak diterangkan macam mana. *Gelak guling-guling.
Tagline dia 'Laluan Puaka'. Baca tagline dia pun ala2 seram.
Sebenarnya pergi wayang nak tengok X-Men First Class.
Tapi, SOLD OUT untuk time tu. T_T
Karak pun Karak lah. Support lah filem Melayu weyh!


Nak jugak tengok Bintang Baru Lelaki Fofular, Shahir berlakon. Filem seram pulak tu. Macam mana lah agaknya. Dia ke yang jadi hantu?
Filem ni merupakan filem seram pertama terbitan KRU STUDIO, director nya Yusry Abd Halim.
Tengok behind the scene filem ni pun macam best. Trailer pun okey jugak. Biasalah nama pun trailer, nak attract penonton pergi tengok.



Lepas ber-seram dalam movie hall, dapatlah dikonklusikan di sini.

Tahap seram: Average
Screenplay: Baik
Special effect / CGI: Baik
Make-up hantu & etc: Bagus
Lakonan: Bolehlah, not bad. credit to Shera Ayob(Zura). *pengacara Wanita Hari Ini
**imej still blur macam movie sebelum ni. tak tahu kenapa. Maybe sebab ada applied-kan CGI jugak.

Overall: 3 bintang *** (not really recommended to watch it)

Good job all the stars & crews!