20110707

Korean Craze

Assalamualaikum & selamat hari Khamis semua.
Dua hari lagi. Dua hari lagi! Apa yang dua hari lagi ni? Dua hari lagi kita tak tau lagi sama ada demonstrasi yang orang sibuk sibuk cakap tu akan berlangsung atau tak. No comment. Dah lah aku dengar nak buat dekat dengan tempat aku duduk ni. Haish sabar sajalah kalau kena duduk bertapa dalam rumah weekend ni.

Apa-apa pun kali ni nak cerita sikit pasal fenomena Korean (K-Pop, korean drama series & benda berkaitan dengannya) yang aku rasa semakin menjadi-jadi di seliling aku. Sebenarnya dah lama lah jugak nak tulis topik ni, tapi otak kekontangan idea. Yelah nak tulis biar kasi terkesan sikit kat jiwa-jiwa yang membaca. pengaruh-pengaruh Korea ni bermula dekat Malaysia dengan adanya drama Meteor Garden tak pun Winter Sonata. Tak tahu lah kalau-kalau dari zaman penjajahan dah ada benda-benda macam ni kat Tanah Melayu. huhu Jadinya, mula dari itu lah ramai peminat yang tak boleh tidur malam terbayang-bayangkan muka cute pelakon-pelakon ni. Aku mengaku yang aku sedikit sebanyak terkesan jugak dari fenomena ni. Tak lah lame sangat dalam bab ni. But, treat it like other drama series. Normal je, tak ada lah sampai jadi 'die-hard fans'. Dengan kepesatan teknologi sekarang, sampai hari ni tak tahu dah berapa ratus/ribu drama-drama Korea yang masuk Malaysia. Ni belum lagi cakap pasal grup-grup penyanyi K-Pop yang ada. Nama pun grup, mestilah sekali timbul tu berduyun-duyun, nak roboh stage. Macam-macam rupa yang aku dah search kat Youtube, Super Junior, Beast, 2PM, SNSD, Wonder Girls & etc. Lagi satu, kalau dah ada music video mesti ada dance step yang aku tak dapat nafikan memang gempak bangat sih, sampai terikut-ikut. Boleh bah kalau kau? Memang bersemangat sangat tengok diorang menari tak hengat dunia. 

Kalau dah nama artis, mesti ada style nak perform kan?. Cara diorang berpakaian pun ada yang ikut-ikut especially artis-artis lelaki Korea yang dikatakan HOT sangat. Ouchhh! Part yang mana yang HOT tu aku pun tak nak komen lah kat sini sebab ada frasa "The beauty from the eye of a beholder". Lain orang lain persepsi lah katakan. Tapi, aku tak faham, kenapa mereka-mereka ni especially sebahagian besar (dibold kan kat sini) perempuan amat & sangat (sorry to say) tergila-gilakan artis mamat-mamat Korea yang pada asalnya muka-muka baru bangun tidur? Ada jugak lelaki yang minat dekat artis minah-minah Korea.

Nak diikutkan, ramai jugak artis-artis jejaka Malaysia yang boleh tahan hot2 & cute2, even lagi bersopan santun ala-ala lelaki/perempuan Melayu terakhir. Mungkin sebab, diorang lebih gemar yang bermata sepet, lelaki muka jambu, rambut perang, kurus2 atau tough2 saja?? Kalau berlakon drama yang scene2 romantik tu pun sebab berlakon ikut skrip pengarah bagi. Padahal tak lah romantik mana pun dalam realitinya. Mengikut pengalaman orang dekat sekeliling aku, ada yang tu sampai confess yang si artis korea tu suami dia. Ish ish ishh.. *Mungkin gurauan. Apalah nak jadi. Aku pun confius, dia ni waras ke tak, berangan tahap dewa. "Kalau lah aku dapat kahwin dengan ....." huhu ghostbump terus aku. Tak berpijak di bumi yang nyata langsung!

Yang sekarang ni aku tengok pengaruh-pengaruh K-Pop dah mula berkembang dalam Malaysia. It's too obvious lah. Dengar dekat radio, tak sah kalau satu hari tu tak ada satu lagu Korea. Memang best je lagu dia. Tapi, apa yang diorang cuba sampaikan dalam lagu Korea tu confirm korang tak faham satu apa. Otherwise, kalau korang belajar bahasa Korea. Entah apa yang diorang mencarut/swearing2. Harap-harap, semuanya bawak mesej yang baik belaka. sorry, sorry, sorry...Yang terbaru yang aku perasan, ada satu grup yang baru namanya VIP, yang ada penyanyi Adam (AF2) under KRU management yang bercirikan K-Pop jugak. Ada jugak dengar Lagu Sedih diorang tu, music video pun ada preview kat sini. Memang nampak ciri-ciri K-Pop di situ. Tak mengecewakan & good try jugak lah VIP. Tak tahulah lepas ni akan ada ramai lagi grup macam ni yang Made in Malaysia punya, versi M-Pop mungkin.

Tengok, sudah terang lagi bersuluh. Obviously, pengaruh Korea ni semakin menular dalam jiwa kita. Tak salah nak berhibur, tapi mesti pada jalan yang betullah. Jangan sampai terlalu memuja artis-artis Korea even artis-artis dari ceruk mana pun sebab memang tak datang untung pun. Mereka & keluarga mereka jugak yang untung nanti. Kita perlu kembali berfikir, apakah tujuan hiburan yang sebenarnya. Mungkin ada jugak yang bersetuju dengan pendapat saya dekat atas & mungkin ada yang tidak. Maaf kalau ada yang terasa sebab ni hanya satu teguran untuk semua & diri sendiri jugak untuk kembali sedar dari alam khayalan Korea yang duniawi semata-mata. Jangan pulak lepas ni benci gila-gila pulak dekat Korean artis, nanti diorang tak boleh pulak cari makan. Penat diorang buat rebonding, dye rambut, pakai bulu mata pelesu lagi. Okay, buang yang keruh ambil yang jernih ye semua.

Sekian, Adios : )








p/s: Aku layan jugak Korea2 ni sikit-sikit. Tapi, tak ada lah so into it & bila lah angan-angan nak jejakkan kaki di South Korea menjadi nyata? entahlah.

2 comments:

  1. salam,artikel yang sgt bagus dan bermanafaat......saya pun sama gak minat juga tp xla sampai fanatik sgt....bab kita nie dah dijaja semula oleh komunis bab dorng dulu kan jajah kita....memang aq saya tengok fenomen nie tersangat berpengaruhlah..lagi2 girl lau dah dpt tgok sampai susah sgt nak bergerak...sedih juga tgok..tp2lah....susah fenomena nie nak berhenti sebab bila kerajaan buat pengharaman artis korea ni saya rasa bertaburanlah peminat giler korea kat jalan...hehe walauapapaun minat2 boleh p jgnlah samapi rosakkan akal. dan lagi satu kena berhati2 sebab ada artis korea nie tiada agama(FREEMASON) sperti: super junior mybe 2NE1 2 tgok video vclip dorang selalu jak buat tarian segitiga yng melambngkan piramid...bahaya..

    ReplyDelete
  2. Daudakpe: Thanks for ur respond. Ye, boleh minat tapi jgn sampai merosakkan akhlak dan akal. :)

    ReplyDelete