20101230

Harimau menerkam Garuda

Ole ole Malaysia Boleh! Tanah tumpah darah kita dah semakin maju dalam persada Bola Sepak Asia Tenggara. Seperti yang korang dah tahu semalam (29/12/10) Harimau Malaya mencatat sejarah lagi dengan menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 dekat Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Dengan agregat 4-2, Malaysia memang layak menang! Kejuaraan ni menamatkan kemarau penantian yang 14 tahun lama nya. Syabas, coach K. Rajagopal di sebalik kejuaraan ni & Yup, I'm superproud to be Malaysian towards this awesome victory.
TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH! 

piala dijulang

Walaupun, pada pusingan kelayakan pertama Malaysia tewas kepada Indonesia 5-1, personally saya tak give up to support team Malaysia. Dan dengar kata semakin ramai rakyat Malaysia yang support goalkeeper Khairul Fahmi dan tak kurang hebatnya Safee Sali. Harap2 sokongan macam ni tak kan pudar.
Anyway, pemain Man United, Rio Ferdinand pun tak terlepas wish congrats kpd team Malaysia dekat page Twitter dia.

 ucapan Rio Ferdinand


Kepada team Garuda Indonesia, saya ucap jangan putus asa dan terima kekalahan semalam dengan tenang. Ok apa jadi naib juara?.. Next time, nak main pakai lah shades especially goalkeeper Markus. (memang x minat kat dia ni, tak tau kenapa) so, pacaran laser reflect balik. Cadangan terbaik lah... hehehe


gaya penjaring terbanyak, Safee Sali dengan shades. LOL


Apa2 pun, semangat kesukanan tu penting dan kepada penyokong pun juga sama. Behave ourself k. Ingatlah Malaysia dan Indonesia serumpun, jangan gaduh2.. Akhir sekali, "Majulah Sukan Untuk Negara".

20101228

10 Fakta: Teh

Assalamualaikum WBT semua. Saya harap korang sihat and happy selalu. Baiklah saya nak terus ke tajuk post ni. Siapa dalam kalangan korang yang gemar sangat minum air teh? And I offcourse mmg peminat air teh since kecik lagi. Perghhh.. aromanya mmg memikat selera orang yang tengah haus. Nak2 kalau air teh BOH. Tapi, korang tahu tak khasiat sebenar di sebalik air teh yang korang minum? Actually, mmg banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan oleh pengamal minum air teh ini. So, saya nak list down 10 interesting facts yang berkaitan dengan air teh:
1. kandungan air teh ada vitamin B, C, E dan K serta mineral yang bagus untuk badan kita.
2. menghilangkan rasa letih lalu meningkatkan lagi tenaga pada tubuh seseorang dalam melawan penyakit.
3. mampu mengurangkan panas badan.
4. membantu perkumuhan dan penghadaman iaitu bagus bagi mereka yang berdiet.
5. berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan.
6. mencegah kerosakan gigi. Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurangkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%.
7. melindungi fungsi pembentukan darah. Sebenarnya, daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan.
8. memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh. Jadi, dapat mencegah tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.
9. mengurangkan risiko kanser paru paru, hati dan perut.
Dan yang terakhir,
10. menghitamkan semula warna rambut yang telah beruban. Korang mesti pelik tapi, ini lah salah satu kebaikan air teh. Cuma perlukan serbuk the sama ada belum atau dah digunakan. Senang saja caranya. "Easy as ABC" orang putih kata. huhu...
a)Tuangkan sedikit air pada uncang atau serbuk teh tadi.
b)Seterusnya, sapukan pada bahagian rambut anda yang beruban tadi dengan serbuk teh yang dah kembang. Sapukan dengan rata.
c)Biarkan rambut anda seketika sebelum mencuci bersih.
d)Untuk hasil yang lebih baik, buat setiap hari pada waktu mandi pagi. Insyallah berhasil…

Umphh I like!

daun teh


ladang teh

20101225

Style!

Mesti korang pelik dengan post kali ni. Saya saja post pasal beberapa gaya which I like most. And those photos I just searched dekat Google. Memang macam2 fashion untuk 2011 yang akan tiba tak lama lagi ni. Terbaik lah kalau dapat pakai outfit macam ni. STYLE!



  







                                                                            Korean style




20101221

Duduk di Rumah

Two weeks left. Dua minggu lagi untuk pulang semula ke universiti. Yelah, universiti kan jauh nun kat selatan tanah air. Maka, kalau nak balik rumah pun dah susah dengan semua assignment yang lecturer2 yang sangattt disayangi. hoho..

Whats next?? Apa lagi yang aku nak buat dalam tempoh 2 minggu lagi ni? Hmm. Kemudian2 lah fikir. Kita merancang Tuhan saja yang tentukan.
*Sambil jari2 menaip post ni saya layan lagu Lonely Soldier Boy(LSB). I think lagu ni dari cerita anime aka cartoon, maybe favorite korang time kecik2 dulu. FYI, saya nak share sikit lagu LSB ni grup Hujan pun dah wat arrangement baru untuk lagu ni dalam versi Melayu pulak. Kalau korang nak dengar tekan link sini. Ok, sampai sini sajalah post kali ni...

20101215

Today

Wahh.. Hari ni peluang untuk pergi tengok The Chronicles of Narnia 3D. Memang dah lama diri ni mengidam nak tengok filem dalam versi 3D. Huhuu.. :) Untuk tu, terpaksalah diri ni pujuk kakak & adik sendiri untuk join layan skali movie ni. Pujuk punya pujuk, finally pujukan berhasil jgk. Ape lagi happy sgt kot. Senyuman sampai ke telinga ngeee... Yelah, tak pernah tengok movie pakai spec 3D. Before ni pernah lah try kat 3D punyer exhibition, tapi ni lain. Bukan ape, juz nak experience the 3D so tak lah bile orang dok citer2 pasal 3D diri ni terdiam seribu bahasa di situ. Itu saja..
Macam Narnia yang sebelum ni, boleh tahan lah sambungan ketiga Narnia ni. Jalan citer pun tak berbelit sangat & part yang kelakar pun ada jugak so, viewers tak lah boring sangat. Overall: ****(4 bintang) (haa, siap bagi bintang segala lagi LOL)




Satu lagi, diri ni pun nak wish TAHNIAH kepada team Malaysia yang baru saja menang game untuk 1st semi-final. Malaysia menang 2-0. Vietnam cuba lagi tahun depan... Hope they will maintain their performance untuk terus masuk final pulak. Saya support+sayang lah Malaysia(tanah tumpah darahku, memang patriotik sangat)! Chaiyok2! Btw, jersi team negara memang good design & material..

ikuti jejak mereka...

20101213

Legasi Smith

Post ni saya nak share pasal anak2 pasangan Will Smith & Jada Pinkett Smith iaitu Jaden Smith & Willow Smith. Both of them ni memang big talent dalam menyanyi dan berlakon tau. Personally, kalau korang tanya apa yang saya minat dekat diorang ni adalah part gaya rambut yg lain dari lain sangat. Tapi mati hidup balik pun saya memang tak bolehlah nak buat gaya tu..


Smith family

Anak lelaki Will Smith ni mula buat penampilan pertama dalam filem The Pursuit of Happyness pada tahun 2006. Saya tak tengok pun filem tu. haha...Then, bakat dia terus berkembang bersama dalam filem seterusnya iaitu The Day The Earth Stood Still dan yang latest Karate Kid. Fulamakk.. lakonan Jaden Smith dalam Karate Kid bagi saya memang bagus dengan aksi karate segala macam, ala2 Jackie Chan tu di samping few awards yang dia dapat selama penampilan dia dalam dunia seni. Tahniah! Selain tu, dia jugak buat rapped bersama Justin Bieber dalam lagu Never Say Never tau. Memang berbakat...


watchaa!

Si Willow Smith baru je 10 tahun ni mula mulakan karier dengan berlakon jugak. First filem dia adalah filem I Am Legend bersama daddy tercinta. Bukan tu saja, dia terus tampil dalam Kit Kittredge: An American Girl n dia berjaya dianugerahkan Young Artist Award. Seperti abangnya, Willow jugak tak mensia-siakan bakat nyanyian. Tahun ni, dia buat single Whip My Hair. Boleh tahan jugak lah suara dia n music video dia, memang dapat sambutan hangat sampai masuk Carta Billboard Hot 100.. Mantopp!
Last but not least, saya wish all the best n very good luck to family Smith, semoga menjadi happy family gakz. Ok lah, kat bawah ni nak share music video Whip My Hair dari Willow Smith. Enjoy (stylelah rambut Willow yang bentuk Love tu) :D


20101208

Khatam di Kampung

Macam-macam aktiviti time cuti yg boleh kita buat dlm negara kita yg aman damai lagi tenteram ni(patriotik sikit lah pulak). Salah satunya majlis khatam Al-Quran. Last Saturday, saya & family balik kampung nenek utk majlis khatam Al-Quran yg besar-besaran lah jugak. Bukan saya yg nak khatam tapi my cousins lah. Hari Jumaat lg dah balik kampung utk tolong2 mereka yg nun di kampung sana. Untuk majlis ni, dah ditetapkan semua kaum kerabat saya pakai baju merah.
HOT+GRAND+MERIAH TAU!!
Btw, majlis ni dibuat utk sambut my cousins yg bakal berkhatan a.k.a sunat jugak. *time post ni ditaip diorang dh selamat dikhatankan kot.. Jom wat highlight sedikit-sebanyak ape yg terjadi ari tu...
Dlm pukul 11pg, para pengantin(pggilan utk diorang yg disambut) berarak dari rumah pakcik yg tak jauh dari rumah nenek saya. Mereka diarak bersama grup kompang jugak, dh mcm kawin2 lah pulak kan?.. huhu.


ni nak kene sunat.SENYUM



para pengantin & pengiring


Perasan tak? Mcm kenal je mamat handsome yg baju merah yg tinggi2 tu..



ni dia! haha.. jadi si pemegang bunga manga


 

bergambauu(loghat org Melaka) dengan budak2 group kompang

Sampai je mereka kat rumah nenek, majlis khatam mula. Ramai jugak orang2 kampung yg datang, grand punyer majlis. Lepas je khatam, marhaban mengambil tempat. Credit to ahli marhaban yg memeriahkan suasana dgn alunan2 marhaban mereka, bukan senang nak dengar ye.

bacaan Al-Quran. Alhamdulillah...

Time tu, tetamu makin ramai, even hari cuaca gerimis... Macam2 makanan dah disediakan dgn merewang bukan katering ok. Antaranya nasi brayani dan bubur kacang merah. Nasi brayani tu boleh tahan sedap siap tambah lagi. Tapi sayang, tak dapat merasa bubur kacang merah tu (T_T). Then, saya just berjalan ke hulu ke hilir tengok whats going around & melayan kerenah2 cousin yg kecik+nakal (terasa diri dah tua pulak.. hahak). Dalam pukul 2 atau 3 petang majlis khatam pun habis n selamat berlangsung lah. Trimas kepada semua yg bertungkus lumus utk majlis ni. Ape lagi?? Tu jelah untuk post ni. TQ

Happy to share mehh.. :)


20101206

Ahlan wa Sahlan 1432Hijrah

Begitu pantas waktu berlalu meninggalkan kita kan. Sekarang dah masuk 1432 Hijrah.
Sebagai refleksi diri, mari kita renungkan semula apa yang kita dah buat dalam tahun yang sebelum ni... MasyaAllah... Adakah semua cita-cita & azam yang ditanam dapat dituai dengan jayanya selama tahun lepas? Yg berjaya, TAHNIAH! Tapi yg gagal, mungkin kita perlu membetulkan niat diri, Lilahitaala...
Oleh itu, pada tahun 1432 hijrah ini mari kita berhijrah serta tekadkan azam agar niat kita berada dijalan yg benar dan diredhai Allah.
Akhir kata, saya nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1432H. Semoga semua diberkati Allah dan bersyukur dengan nikmat Islam yg kita miliki hari ini serta jadikan kehidupan hari ini lebih baik dari hari semalam. Amin..


20101202

It easy as Spaghetti

Assalamualaikum to all,

Ha, saya nak share ni. Last tuesday, saya(adik n kakak jugak) nak buat menu special untuk our parent. Fikir punye fikir dengan low bajet, datang lah satu idea. Salah satu menu yg bakal dihidangkan adalah Spaghetti Bolognese. yummy! Pagi2 lagi (x de lah pagi sgt kot) kteorang terburu-buru pergi pasaraya 'Gergasi'. Actually, x susah pun nak dapatkan bahan2 n to prepare spaghetti yang sedap ni. So, pada yg nak tahu resepi nye saya nak ajar kat post ni. Its's easy, budak2 sekolah rendah pun boleh buat... Bahan2 n cara2 nye adalah:

 Bahan-bahan:
Bawang besar dan bawang kecil
Daging cincang atau Bebola daging (meatball)
1tin sos spaghetti(ada kat pasaraya)
1tin cendawan butang
2batang daun celery
Garam secukup rasa
Minyak zaitun atau minyak masak biasa
Parutan keju parmesan

Cara:
 
1. First of all, untuk merebus spaghetti, tuangkan air dalam satu periuk yang besar(agak-agak). Tunggu sehingga air tadi mendidih dan selepas tu, baru masukkkan spaghetti.

2. Masukkan sedikit saja minyak masak supaya taklah spaghetti melekat dalam kuali nanti. Bila spaghetti dah lembut, slowly keluarkannya dan tos sehingga kering. 

3. For the sauce pulak, tumis bawang besar dan kecil yang telah dihiris di dalam kuali. Tumis sampai naik bau.

4. Then, masukkan sos spaghetti yang telah siap ke dalam kuali dan tambahkan air dua cawan air ke dalam kuali. Kacau jangan sampai sos tu hangus.

5. Masukkan bebola daging dan cendawan butang pulak yang telah dipotong halus ke dalam kuali dan daun celery yang dipotong halus. 

6.Next, tambah sedikit garam (secukup rasa) terpulang kepada rasa deria rasa masing-masing. Teruskan mengacau ramuan tadi sehingga bebola daging dan cendawan tadi betul-betul masak.

7. Tunggu sehingga sos spaghetti tersebut mendidih(7-10 minit). Kalau sos terlalu kering tambahkan sedikit air. Kecikan api kalau dah  hampir-hampir masak. Lastly, biarkan sos spaghetti tadi menjadi pekat.

*Cadangan: bolehlah hidangkan spaghetti ni dengan letakkan parutan keju parmesan.



Seperti biasa "Selamat Mencoba" & makan tu ingat2lah orang belakang... :)