20110728

Bukan Harry Potter

Situasi - RG sedang text message kepada EW.

RG: EW, lama tak jumpa U. Jom keluar hari ni. Nak tak? *Sambil kenyit-kenyit mata walau si buah hati tak nampak.

EW: U nak ajak I pergi keluar mana kali ni? *buat2 beriya tanya, padahal..

RG: Jom pergi tengok movie Harry Potter part last hari ni. I memang follow dari first movie tau.

EW: Oh really? FYI, I pun okay. daaa

RG: Hmm cantik sangat lah tu babe.. So, I taknak lah miss last movie ni. Sorry lah I tak reti nak download2 bagai ni.

EW: Orite, I on je. I pun dah lama nak tengok since movie tu keluar haritu..

RG: I ambik U nanti dalam pukul 2.30pm okey. 

EW: Chopp.. Nanti kita lunch dulu eh sebelum tengok movie. Faham-faham je lah.

RG: No problemo. U tungguu okey. C ya..

EW: XOXO


Setiba RG dan EW di wayang...


RG: Alamak babe, I ingat nak tengok Harry Potter biasa je (2D). Tapi tengoklah... time show dia 2 jam lagi lah. Macam mana ni??

EW: Yelah U. Apa susah, kita tengok yang 3D punya lah. Masa dia 5 minit lagi nak start. I pun tak pernah tengok movie 3D before this. ehehe *muka jahat

RG: dalam hati (betul jugak. Tak boleh jadi ni. Aku mesti tengok jugak hari ni)

EW: U? Boleh tak? *sambil RG mengelamun kejap

RG: U ni.. Tak yah lah lame sangat tak pernah tengok movie 3D.

EW: Apa U kata? I lame? : 0  *muncung terus panjang sejengkal

RG: Alah U ni, I just joking lah. Jangan lah merajuk. Boleh, apa tak bolehnya tengok 3D. Everything for U lah EW.

EW: Apa lagi tunggu pergi lah kaunter, beli tiket sana!

RG: Sabor je lah... * sambil garu2 kepala yang tetiba terasa gatal lah pulak.


Kemudian...


EW: U kejap U. U lupa eh?

RG: What? Apa lagi?

EW: I kan belum lunch lagi! Tapi, I diet tau. Belilkan lah I pop corn besar satu... please..

RG: Okey2.. *macam tak ikhlas

EW: Sayang U lebih.. : )

RG: : ) *senyum jugak


Habis je movie...


EW: Best tak movie tadi?

RG: Best je. The last part paling sweet. Kenapa babe?

EW: Tak ada lah, saja tanya. I pun suka jugak last part tu. * masing2 fokus time tengok movie tadi dari mula samapi habis. sampai tak sempat nak cakap even berbisik. Lagi2, EW syok makan pop corn sorang, sampai licin tu.

RG: Ermm.. U, kan best kalau kita macam last part tu. Mesti best, bahagia je I rasa. I pun rasa macam tak nak bangun & keluar dari movie hall tadi. Apa pendapat U pulak?

EW: I? Hmm, gatal noo.. Tapi at the same time I sedih lah U.

RG: Sedih? Kenapa pulak nak sedih2 ni? Janganlah macam ni..

EW: Yelah I sedih. Sedih sangat tengok ending dia.

RG: Sebab???

EW: Sebab.. Sebab... Sebab..
        Sebab nanti tak dapat nak tengok my sweetheart, Harry Potter berlakon lagi. Sedih lah.. sob sob..

RG: !&%#@!^?? 

EW: Ohh Daniel Radcliff!

jeng.. jeng.. jeng.. the end
Lesson - Hidup ini penuh drama


EW - Emma Watson bukan nama sebenar
 RG - Rupert Grint juga bukan nama sebenar

 
 Sekadar hiasan tapi bukan kiasan. Just for fun.

20110725

Dek Ilusi Mata. Pelanduk Dua Serupa.


Ada seorang hamba Allah ni kata, muka saya sama dengan muka Altimet dekat atas ni. Katanya, macam abang saya. FYI, hey maaf lah ye, saya tak ada abang kandung okay.


First respond saya= Ya Allah! 
Second respond= Berteka-teki? Part mana yang sama ni? O.o
Third respond= Cuba nak zoom in, zoom out gambar ni.
Fourth respond= OUHH! Dah tau dah tau kot! *Sel-sel otak dah mata aku dah bergabung untuk menjawab teka-teki part mana yang sama or almost the same or maybe tak sama langsung kot as mention by the hamba Allah sorang ni. Ini ilusi permainan mata sahaja.
Fifth respond= No comment for that. Sengih2 + masam2...


Saya tak perlu kot nak bagitahu part mana yang sama OR maybe sama sekali tak sama langsung. Find out sendiri lah kalau berminat jugak nak tahu. Orang kata tak baik jaga tepi kain orang. Mind your own business man! Terharu pun ada orang kata muka Altimet macam abang saya. Saya pun tak tahu menahu. At last kan, saya rasa tak sama langsung but maybe lah kalau sama pun sebab kami sama-sama boleh rapping lagu hip-hop yow. haha kau tak dengar lagi aku rapping...

Thank you lah & saya tahu siapa saya. : )



20110721

Just Around the Corner

Assalamualaikum to all followers!
Tak jawab berdosa, kalau jawab sayang *aha dah tersangkut dengan qoute yang Maria Elena guna. hohoo
 
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah swt.
Dekat sini saya saja nak mengingatkan diri sendiri & korang semua yang tinggal lebih kurang 11 hari sebelum kita masuk ke bulan Ramadan al-Mubaraq. It's just around the corner. Insya'Allah. Ingat mengingati amalan baik, tak gitu?  

Dengan harapan, puasa kali ni nak buat solat sunat tarawih sebaik mungkin. Moreh jangan dilupa.

Without futher ado, sampai sini saja quick update blog kali ni yang sebenarnya tak tahu nak tulis apa lagi. Tak apa, nanti merepek pulak : (


Till here, nantikan post entry yang seterusnya.
 Wallahualam.



20110716

Arsenal ke Malaysia? Confius lah

Assalamualaikum semua.

Sekarang ni dekat Malaysia tengah dilanda musim bola sepak. Kelab bola sepak Arsenal (my favorite), Liverpool & Chelsea datang dari awal minggu ni. Sememangnya aku memang tak berkesempatan nak 'ziarah' pemain-main yang disanjung dunia ni. Maybe senang cerita malas nak gerak ke tempat yang crowded sangat. But still, jealous jugak tak dapat pergi bila tengok orang stok post gambar-gambar dekat FB. *Aku tengok jugak offical website Arsenal.

Dalam sedang ramai sibuk tengah sokong kelab bola sepak diorang *kononnya, aku nak respon sikit pasal komen yang coach Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal keluarkan hari ni dalam surat khabar sini. Dia menyeru rakyat Malaysia sendiri menyokong team Harimau Malaya. Patriotik sungguh. Mana tak nya, yelah, bila rakyat Malaysia beriya-iya sokong Arsenal hari tu Dato' K. Rajagobal pun agaknya naik angin mana pergi peminat-peminat yang dok sokong selama ini. So, Harimau Malaya pun down lah bila nampak almost all the crowd pakai baju merah which belong to Arsenal fans lah kan. Lagi gemuruh+cuak+kecut nak lawan dengan The Gunners. Tak ada semangat kebangsaan lansung mereka mereka yang datang ni. Aku faham diorang ni punya kebebasan untuk sokong team yang diorang minat beriya-iya *kononnya lagi. Beli pun tiket berpuluh-puluh, beratus-ratus hinggit, takkan datang nak sokong team tempatan yang dianggap kureeengggg. Kesian aku tengok team Harimau Malaya yang jugak beriya-iya nak jaringkan goal even diorang ni bertubuh kecik compare dengan The Gunners ni. Lagi kesian aku tengok... Ni lagi parah bila Perdana Menteri sendiri yang bagi percuma tiket-tiket Liverpool dekat radio baru-baru ni. Haishh, nampak sangat... Lagi lagi kesian aku tengok muka sedih Safee Sali, Khairul Fahmi, Idlan Talaha, Safiq Rahim.. *Bayangkan muka sedih diorang bila kalah 0-4. Tak tidur malam.

So, petang ni match Malaysia versus Liverpool FC pulak. Aku nak bagi sikit cadangan dekat depa depa yang akan datang stadium malam ni. Ini ada cadangan kalau nak kelihatan lebih patriotik, even dalam hati memang nak sokong Liverpool FC malam nanti. First, pakailah jersi favorite team korang tapi, bawak & kibarlah Jalur Gemilang. Jalur Gemilang tu tanda semangat patriotik yang dah lama korang semai dari tadika lagi. Lagi pun, merdeka dah nak dekat, apa salahnya kan? Second suggestion pulak, kalau betul nak tunjukkan semangat patriotik korang, cat muka korang gambar Jalur Gemilang. Tapi, depend lah kalau still nak pakai jersi Liverpool. Third suggestion pulak, bawak banner ' I Love You Malaysia!' even korang duduk dalam crowd yang sokong Liverpool. Mana tau dapat masuk surat khabar esok sebab paling outstanding. haha... Harap masa match dengan Chelsea nanti buatlah benda yang sama.


Buat macam abang dan kakak ni tau. Kau hado?


Okaylah, malas nak komen banyak lagi pasal ni. Lu fikirlah sendiri. Kalau betul sayang Malaysia, sokonglah Harimau Malaya. Kalau bukan kita, siapa lagi dek non? Tepuk dada tanya selera.


Segala yang buruk datang dari penulis belog ini sendiri. Today I don't feel like doing anything... hu hu hu
Sekian, wasalam : )


p/s: kalau aku pergi stadium pun aku confius nak support team mana. ngehh
pic source: berita harian

20110711

Behave!

Assalamualaikum wbt.
I just want to share two short videos featuring an old man also known as Pak Cik depan Sogo. Let's watch and listen with our heart on what he trying to speak out.


 



Lesson: It is doesn't matter who we are. A Prime Minister, a lawyer, a nurse, a teacher, a student or a beggar. We are all given a smart brain to think wisely. So, think and act like a wise man!


Wallahualam  : )

20110708

Hari Ini Hari Aku

Pelbagai dugaan yang telah Kau tunjukkan di hadapanku.

Namun aku sedar itu sebahagian cuma.

Pelbagai kejayaan juga telah Kau limpahkan buatku.

Namun aku sedar pasti itu secebis cuma dan tidak datang dari bergolek.

Aku tetap bersyukur.



Syukran Ya Allah kerana aku masih dipanjangkan umur. Hari ini umur aku genap 20 tahun.
Walaupun 20 itu nampak besar, namun diri ini masih memerlukan tunjuk ajar, panduan dan dorongan sepanjang perjalanan yang aku sendiri tak tahu bila akan tamat. Diri ini perlu menjadi lebih matang. 
Diri ini sedar semakin hari semakin tua. Semakin hari semakin berdosa. Semakin hari pun semakin pantas masa berlalu.




Selepas ini aku berazam mahu berubah kepada yang lebih baik. Mungkin 'akan' lebih sesuai daripada 'berazam'. Demi mencapai hidup yang lebih barakah.



Terima kasih kepada teman-teman dan keluarga yang memeriahkan hidup selama ini.
Diri ini sangat menghargai ucapan Selamat Hari Jadi dari kalian, walaupun hanya ucapan ringkas.
Hanya Allah dapat membalasnya.

InsyaAllah.

20110707

Korean Craze

Assalamualaikum & selamat hari Khamis semua.
Dua hari lagi. Dua hari lagi! Apa yang dua hari lagi ni? Dua hari lagi kita tak tau lagi sama ada demonstrasi yang orang sibuk sibuk cakap tu akan berlangsung atau tak. No comment. Dah lah aku dengar nak buat dekat dengan tempat aku duduk ni. Haish sabar sajalah kalau kena duduk bertapa dalam rumah weekend ni.

Apa-apa pun kali ni nak cerita sikit pasal fenomena Korean (K-Pop, korean drama series & benda berkaitan dengannya) yang aku rasa semakin menjadi-jadi di seliling aku. Sebenarnya dah lama lah jugak nak tulis topik ni, tapi otak kekontangan idea. Yelah nak tulis biar kasi terkesan sikit kat jiwa-jiwa yang membaca. pengaruh-pengaruh Korea ni bermula dekat Malaysia dengan adanya drama Meteor Garden tak pun Winter Sonata. Tak tahu lah kalau-kalau dari zaman penjajahan dah ada benda-benda macam ni kat Tanah Melayu. huhu Jadinya, mula dari itu lah ramai peminat yang tak boleh tidur malam terbayang-bayangkan muka cute pelakon-pelakon ni. Aku mengaku yang aku sedikit sebanyak terkesan jugak dari fenomena ni. Tak lah lame sangat dalam bab ni. But, treat it like other drama series. Normal je, tak ada lah sampai jadi 'die-hard fans'. Dengan kepesatan teknologi sekarang, sampai hari ni tak tahu dah berapa ratus/ribu drama-drama Korea yang masuk Malaysia. Ni belum lagi cakap pasal grup-grup penyanyi K-Pop yang ada. Nama pun grup, mestilah sekali timbul tu berduyun-duyun, nak roboh stage. Macam-macam rupa yang aku dah search kat Youtube, Super Junior, Beast, 2PM, SNSD, Wonder Girls & etc. Lagi satu, kalau dah ada music video mesti ada dance step yang aku tak dapat nafikan memang gempak bangat sih, sampai terikut-ikut. Boleh bah kalau kau? Memang bersemangat sangat tengok diorang menari tak hengat dunia. 

Kalau dah nama artis, mesti ada style nak perform kan?. Cara diorang berpakaian pun ada yang ikut-ikut especially artis-artis lelaki Korea yang dikatakan HOT sangat. Ouchhh! Part yang mana yang HOT tu aku pun tak nak komen lah kat sini sebab ada frasa "The beauty from the eye of a beholder". Lain orang lain persepsi lah katakan. Tapi, aku tak faham, kenapa mereka-mereka ni especially sebahagian besar (dibold kan kat sini) perempuan amat & sangat (sorry to say) tergila-gilakan artis mamat-mamat Korea yang pada asalnya muka-muka baru bangun tidur? Ada jugak lelaki yang minat dekat artis minah-minah Korea.

Nak diikutkan, ramai jugak artis-artis jejaka Malaysia yang boleh tahan hot2 & cute2, even lagi bersopan santun ala-ala lelaki/perempuan Melayu terakhir. Mungkin sebab, diorang lebih gemar yang bermata sepet, lelaki muka jambu, rambut perang, kurus2 atau tough2 saja?? Kalau berlakon drama yang scene2 romantik tu pun sebab berlakon ikut skrip pengarah bagi. Padahal tak lah romantik mana pun dalam realitinya. Mengikut pengalaman orang dekat sekeliling aku, ada yang tu sampai confess yang si artis korea tu suami dia. Ish ish ishh.. *Mungkin gurauan. Apalah nak jadi. Aku pun confius, dia ni waras ke tak, berangan tahap dewa. "Kalau lah aku dapat kahwin dengan ....." huhu ghostbump terus aku. Tak berpijak di bumi yang nyata langsung!

Yang sekarang ni aku tengok pengaruh-pengaruh K-Pop dah mula berkembang dalam Malaysia. It's too obvious lah. Dengar dekat radio, tak sah kalau satu hari tu tak ada satu lagu Korea. Memang best je lagu dia. Tapi, apa yang diorang cuba sampaikan dalam lagu Korea tu confirm korang tak faham satu apa. Otherwise, kalau korang belajar bahasa Korea. Entah apa yang diorang mencarut/swearing2. Harap-harap, semuanya bawak mesej yang baik belaka. sorry, sorry, sorry...Yang terbaru yang aku perasan, ada satu grup yang baru namanya VIP, yang ada penyanyi Adam (AF2) under KRU management yang bercirikan K-Pop jugak. Ada jugak dengar Lagu Sedih diorang tu, music video pun ada preview kat sini. Memang nampak ciri-ciri K-Pop di situ. Tak mengecewakan & good try jugak lah VIP. Tak tahulah lepas ni akan ada ramai lagi grup macam ni yang Made in Malaysia punya, versi M-Pop mungkin.

Tengok, sudah terang lagi bersuluh. Obviously, pengaruh Korea ni semakin menular dalam jiwa kita. Tak salah nak berhibur, tapi mesti pada jalan yang betullah. Jangan sampai terlalu memuja artis-artis Korea even artis-artis dari ceruk mana pun sebab memang tak datang untung pun. Mereka & keluarga mereka jugak yang untung nanti. Kita perlu kembali berfikir, apakah tujuan hiburan yang sebenarnya. Mungkin ada jugak yang bersetuju dengan pendapat saya dekat atas & mungkin ada yang tidak. Maaf kalau ada yang terasa sebab ni hanya satu teguran untuk semua & diri sendiri jugak untuk kembali sedar dari alam khayalan Korea yang duniawi semata-mata. Jangan pulak lepas ni benci gila-gila pulak dekat Korean artis, nanti diorang tak boleh pulak cari makan. Penat diorang buat rebonding, dye rambut, pakai bulu mata pelesu lagi. Okay, buang yang keruh ambil yang jernih ye semua.

Sekian, Adios : )








p/s: Aku layan jugak Korea2 ni sikit-sikit. Tapi, tak ada lah so into it & bila lah angan-angan nak jejakkan kaki di South Korea menjadi nyata? entahlah.

20110705

Planking: Berpapan?

Assalamualaikum & hye all : )

Hari ni nak kongsi dengan semua pasal satu benda/aktiviti/hobi yang saya baru dengar pagi tadi dekat radio iaitu planking. Maybe ada yang pernah dengar benda ni & maybe doesn't. So, nak cerita lah dekat sini. 

Apa itu planking? Kalau translate dalam bahasa Melayu kita maknanya berpapan. Ha! dah pelikkan bunyinya. Ni bukan rancangan pelik tapi benar tau, ni lah realiti. Actually, planking ni merupakan sejenis game memerlukan seseorang tu baring macam sekeping papan sambil muka menghadap ke bawah & kedua-dua tangan di sisi. Tapi, bukan yang macam korang buat masa tidur dekat atas tilam katil korang tu. Planking akan dibuat dekat atas permukaan yang pelbagai bentuk rupa. Game yang boleh dikatakan fofular dekat negara orang putih ni, memerlukan pemain bersaing untuk mencari tempat yang paling extraordinary & original untuk diorang baring.


                                       Planking Community in Facebook                                      

Kebanyakan plankers memang 'berani mati' lah orang kata sebab diorang akan memilih tempat-tempat macam dekat atas bumbung, tiang & kereta. Ada jugak yang lagi berani, diorang baring dengan letakkan bahagian kepala & kaki atas permukaan & badan diorang ni macam tergantung saja lah. Ish ish ish, bahaya sangat. Agaknya kuat sangat otot kaki & kepala diorang kan? Klik sini untuk lebih berita planking.








Sampai ada satu kes yang sorang lelaki ni dah didakwa polis sebab ber-planking atas kereta polis. Ada jugak yang dah menyebabkan kematian di mana sorang lelaki lagi dipercayai terjatuh time dia syok2 ber-planking dekat atas balkoni tingkat tujuh di Australia. Percaya tak? Free free je nyawa melayang kan? Bagi aku, memang tak patut pun planking ni diperkenalkan to public. Sebab-sebabnya:


1. Tak ada benda lain ke nak buat haa?? Lebih baik ko pergi gym, angkat berat dekat sana daripada bina otot kepala/kaki dekat tiang atau pokok.

2. Menyeksakan je benda alah ni. Dah lah kena menghadap ke bawah muka. Bayangkan, kalau baring atas jalan yang panas time tengahari. Tak ke melecur muka yang handsome/cantik tu?? Dah jadi Dayang Senandum. haha

3. Tak ada insurans kot kalau apa-apa yang tak diingini berlaku. Sendiri buat sendiri tanggung. Eden tak kiro..
4. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Ha! lebih baik sujud lama-lama atas sejadah, berdoa kepada Allah swt. Tambah-tambah amalan sunat, InsyaAllah dapat pahala jugak dik non. huhu. Daripada mati katak, kena langgar kereta tengah jalan. * tapi tak boleh samakan solat dengan planking ye. hanya perbandingan semata-mata.


Konklusinya, planking ni memang tak ada faedahnya wahai rakan-rakan. Tak relevan dalam masyarakat Malaysia & menjatuhkan maruah saja berbaring atas permukaan bumi sambil muka menghadap bawah pulak tu. Kalau nak menghukum pun planking bukanlah cara terbaik & game yang best. & Kalau frust break bercinta pun jangan amalkan ini okey. Tak berbaloi-baloi! Blog ini tak menyokong planking & jangan sesekali cuba benda ni dekat rumah atau di mana-mana lagi-lagi dekat public. Buat malu kaum saja.




p/s: Orang kata badan saya macam papan. Tidak lagi kot. yeahh ; D ehehe
sumber: wikipedia, facebook.com