20110525

Hijab: A Phenomenon or what?

Hello. Assalamualaikum to readers.
Wassup guys?! Masing-masing tengah enjoy buat apa yang korang buat sekarang but still layan blog saya. Trimas sangat!


Kali ni nak share sikit pasal tudung. Bukan tudung saji kat dapur tu lah tapi so called Hijab in english. Tapi dekat sini nak kupas sikit pasal gaya pemakaian atau style tudung yang dikenakan untuk menutup bahagian rambut kepala wanita-wanita especially dekat Malaysia ni. Isu ini dipandang enteng oleh masyarakat sekarang, sedangkan ini lah isu yang penting. Yelah, sejak kebelakangan ni kita sendiri dapat tengok macam-macam jenis rupa tudung & cara pemakaian yang digayakan oleh kaum hawa. Ada yang terjurai-jurai, ada yang terlalu singkat, ada yang bermanik-manik, ada yang berbunga-bunga & hinggakan ada yang sampai berbelit-belit sampai nk tercekik leher dibuatnya. MasyaAllah, manusia2. Cantik tu memang cantik lah. Ayu & sweet sangat bila tengok, tapi apa sebenarnya niat dan tujuan seseoran individu itu memakai tudung?


Di Malaysia, berdasarkan pemerhatian pemilik blog ini sendiri, pemakaian tudung pada hari ni seolah-olah menjadi satu trend especially to teen girls. Kalau dekat sekolah dulu ada jugak situasi di mana dekat sekolah pakai tudung but, bila habis saja waktu sekolah, tudung ke mana apa ke mana. Anak tudung jangan cakap lah. Ish3.. Tak tahu lah nak kata apa.
Actually, apa sebenarnya nawaitu diorang pakai tudung? Is it just to attend kelas Pendidikan Islam sebab ustaz atau ustazah yang suruh pakai? Or is it to looking nice dekat budak-budak laki dekat sekolah? Or just to follow kawan-kawan & sebab parent dah belikan masa awal tahun? Hmmm.. I'm as a guy yang pernah tengok dengan mata sendiri tak tahu kenapa benda macam ini boleh terjadi.
Adakah kurang didikan agama oleh parent dekat rumah or simply caused by peer pressure too?
Adakah tudung satu fenomena atau tuntutan? *entahlah
I DON'T KNOW & NOT SO SURE ABOUT IT.


But what I'm sure here is that now, yang the teen girls or even the makcik-makcik mengenakan tudung dengan pelbagai cara iaitu dengan mengikut gaya-gaya selebriti memakai tudung. Makcik pun taknak kalah tau bukan main gaya tudung vogue mengalahkan Dato' Siti. haha.. Kadang tu, bukan nak kata apalah, sanggup pulak tu berhabis duit untuk dapatkan tudung yang lain daripada yang ada. Tapi takpalah kalau niat di hati tu memang betul-betul nak pakai tudung kerana Allah. It's okey. Ini tidak, nanti tudung-tudung dekat rumah tu buat perhiasan saja.


Some of the teenagers sekarang ni terlalu mengikut gaya selebriti pujaan diorang, sampaikan ada yang obses sangat sampaikan muka pun nak dekat sama dengan selebriti yang diorang minat sangat tu & antara selebritinya ialah Yuna, Wardina Saffiyah, Heliza Helmi, Hana Tajima & etc. Sampai tak kenal mana Yuna yang tulen sebab muka semua sepesen je. Satu lagi, kalau nak hari raya tu akan ada nama-nama tudung based on nama artis macam tudung Ekin(isteri Mawi), tudung Wardina & etc.


she's inspired


at her own class


as a fashion designer


mata bulat o.o


 a good mother


Bukan tak bagus ikut selebriti-selebriti ni tapi, tengoklah, diorang tu artis, perlulah ada outstanding style sikit dari orang biasa. Lagipun diorang berharta so, kenalah jaga standard sebagai public figure. Tak kurang jugak there are some celebrities yang juga hanya mengenakan tudung untuk tuntutan kerja untuk berlakon & duta jenama tudung. Tapi, harammmm, pakai tudung tu for that purpose only. Saya tak gemar langsung. Hipokrit sangat weyh! Nama pun pelakon, nak buat macamana.


not good                                            much better


Berkenaan tajuk ni, saya teringat satu dialog salah seorang pelakon yang berlakon dalam filem Aku Masih Dara. Dialog dia cakap dekat kawan dia lebih kurang macam ni " Alah, perempuan-perempuan yang pakai tudung sekarang ni pun sebab nak cover love bite (or something yang mengaibkan) diorang". MasyaAllah. Saya tak tahu sejauh mana kebenaran kenyataan tu atau ia sekadar dialog rekaan semata-mata yang takda kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Personally, first time saya dengar dialog tu I'm getting bit shocked. Terkezzzut & terkedu di situ ye, harap-harap tak betullah apa yang disampaikan tu. Kalau betullah situasi ni, nauzubillah min zaliq.


So, saya cuma untuk berkongsi dan cuba membuka minda kalian semua terutamanya the girls yang tertakluk dekat kategori yang saya mention dekat sini. Dengan harapan, agar dapat membetulkan semula nawaitu diri dalam memakai hijab/tudung iaitu untuk memenuhi tuntutan agama Islam semata-mata. Ubah sikit cara pemakaiannya. InsyaAllah.
& Kepada yang masih yang belum berhijrah kepada yang lebih baik, diharapkan dapat berhijrah ke jalan yang diredhai Allah swt. If not, azab neraka menanti di akhirat kelak. Tapi, dalam Islam tiada paksaan.


Renung-renungkan & selamat beramal dengan iman :)


THANK YOU!
happy to share. 



*free to leave comment or idea on this topic. tq
**photo: google, yahoo, facebook

5 comments:

  1. yup. sekadar utk peringatan bersama juga :)
    thanks for sharing.

    ps : Hana Tajima's soo adorable :)

    ReplyDelete
  2. kadang2 kita keliru antara menutup aurat ataupun menutup rambut...

    ReplyDelete
  3. aten: you r welcome, ngehhh :)

    dyan: setuju dgn padangan tu. mendedahkan rambut kpd yang bukan mahram bagi kaum hawa mmg haram. thx for komen.

    ReplyDelete
  4. salam, artikel ni menarik ya walaupun saya bukan girl tp saya ada juga melihat trend pemakaian tudung, kalau kita lihat dinegara ARAB mereka xda memakai tudung fasion2 sebenarnya ada dianataranya memakai sebabkan terikut dengn arus semasa pemodenan fesyen. jadi terpulang pada mereka(GIRL) keikhlasan terletak sesama sendiri. tapi jujur saya katakan saya lebih suka wanita memakai tudung labug bagi saya itu adalah ajaran islam yang sebenar itulah wanita solehah yang harus dicari...

    ReplyDelete
  5. Daudakpe: Yup. Sememangnya pakai tudung tak wajib. Tapi, tutup aurat wajib di sisi Islam.

    ReplyDelete