20110130

Ohh Fieldwork! (Part2)

Hi guys! Ini beberapa gambar scene time kat 'location shooting' group saya untuk 1st fieldwork which is Traversing. Post ni kira sambungan post yang lepas lah ye.. Mari kita lihat! 


soving problems



di bawah mentari pagi



   HOT POSE dari group member :P hot ke?
*diorang ni dari group yg sama sem lepas.


lokasi traverse. KTF! we are here!


Mesti korang tertanya kenapa ada 4 gambar je. FYI, traversing kitaorang belum habis lagi due to beberapa masalah seperti cuaca hujan & etc. So, kerja2 ni akan bersambung lepas cuti Tahun Baru Cina. Tunggukan hot photo dari
group kami untuk next fieldwork... * tak sabar nak habis kan!


until here, ADIOS! 

20110120

Ohh Fieldwork!

Syukur Alhamdulillah sebab still diberi peluang untuk bernafas dan hidup. Bukan apa, saya just nak ingatkan bahawa kita kenalah bersyukur denagn nikmat kurniaan Tuhan. Jangan sesekali mengabaikan perintahNya.

Tak naklah membebel banyak. Kita kembali kepada topik di atas which is bout my fieldwork. Prof dah bagi kita kerja Traverse pada minggu ketiga & untuk itu, dapatlah group baru. YEAH! Akulah orang 1st yang suka sebabnya; nama aku dalam list lecture nombor satu, secondly pulak, dapat satu group dengan roomate sendiri, Izzat a.k.a Bob.

Tapi, yang agak tak best-nya bila Prof tunjukkan kitaorang punya map untuk survey ni. MasyaAllah... Besarnya area survey. Infact, paling besar kot antara group2 lain. DUGAAN.


merah tu area survey kami

So, yesterday is the first day kitorang mulakan fieldwork untuk semester ni. Dari pukul 9am sampai pukul 12.30pm berjemur dengan equipment2 nya. Group kitorang still kat 1st point. Fuhh memang sakit lah. Dah lah ada miscalculation here and there. Itulah sebabnya tak boleh proceed untuk ke point kedua. DUGAAN.

Masa pun dah 12.30 pm, kitorang pun decided untuk pulangkan all the equipments to the lab. Masalahnya sekarang, kalau tak silap, almost all the group still dekat 1st or 2nd point. That's mean, kitaorang punye fieldwork macam tak buat apa2 atau maybe macam baru budak baru belajar buat benda ni. (*Prof tolong kitaorang Prof n not to forget kpd lab assistance kami yang baik hati)

Plus, memandangkan fieldwork ni diberi tempoh dalam 2 minggu saja. So, group saya decided untuk buat hari Ahad ni. (*Tak kisah, tak kira. Tu memang kerja kami!) Terpaksalah korbankan hari Ahad untuk berehat kan? :(

Saya just berharap yang saya dapat handle n operate Total Station dengan baik. So that, tak lah terasa WTTuttttt! macam mana aku nak guna benda ni??? huhu..

Ok lah, harap2 lepas ni semuanya berjalan lancar dan sempurna hendaknya.

Wallahualam.


teropong-teropong



**Chaiyok2 to all my group members: Izzat, Syalini, Fiza, Saadah & Eisya.

20110115

Khurafat di Skudai

Assalamualaikum you guys. Hari sabtu yang santai2 ni one more time, me & my gangs pergi tengok wayang kat U Mall Skudai. This is first time for me to go hang out there.

Movie yang kitaorang tengok adalah Khurafat. Ye, Khurafat. Filem Melayu lah, tuan director nya Syamsul Yusof. Actually, saja pilih nak tengok movie sebab kawan saya yang sorang ni nak tengok sangat. So apa lagi, saya pun plan lah pergi membuat 'rombongan'. Sebelum nak tengok movie ni my next friend told untuk membaca zikir. Yelah, takut apa2 terjadi & untuk tak rasa takut time tengok. Haha! Lawak lah.. But, it's a good advice, indeed.

Hrmm... jalan cerita movie ni boleh tahanlah bagi kategori seram. Kat poster dia siap tulis;

[AMARAN: IBU MENGANDUNG DAN PESAKIT JANTUNG DINASIHATI UNTUK TIDAK MENONTON FILEM INI-13 PG].





tiket bukti pembelian

Tapi, ada jugak budak2 sekolah rendah yang datang tengok. *sendiri tanggung ye dik... Untuk lakonan pulak, si director Syamsul Yusof tu pun nak berlakon jugak. Unfortunately, lakonan dia kurang berkesan sikit lah bro walaupun dah habis air mata untuk scene2 sedih. Saya rasa lakonan dia sama macam lakonan dia dalam drama2 kat TV. Heroin movie pulak adalah Liyana Jasmay(LJ). LJ dalam movie ni bawak character isteri kepada Johan(Syamsul Yusof). Then,si LJ pun bertudung lah dalam movie ni.. Nice :) But, lakonan dia tak macam dalam movie2 dia sebelum ni. Can be improved. Yang tak boleh belah adalah setiap kali lepas part LJ 'dihantui' mesti dia berpelukan dengan Syamsul Yusof. Perlu ke?? Tak kesah lah.. Lagi satu, part2 yang seram pulak overall OK lah. Ada yang menjadi & ada yang tak. For me yang menjadi time Johan ada dalam bilik mayat hospital tempat dia kerja. Kalau nak tahu, haruslah tengok sendiri. Selain Syamsul Yusof & LJ, movie ni jugak dibintangi Sabrina Ali, Fauziah Nawi, A. Galak(Pakcik Misai Gerak Khas) & ramai lagi.

I think thats all. Tak naklah tulis @ komen panjang2 pasal movie ni. Overall, dengan ikhlas hatinya bagi 2.5 out of 5 for Khurafat. 
Thank you :))




20110110

My Timetable


Inilah timetable semester 2 saya kat UTM skudai. Compact tak? Entah lah ye?... Almost setiap hari kelas start at 8am. Hari khamis je start 11am. Syukur..

Untuk semester ni saya ambik Co-Q iaitu PEMADAM. Bukan pensel atau pembaris tapi pemadam tau. FYI, PEMADAM tu persatuan anti-dadah Malaysia... WHOOAA, SEGAMATTT ANTI-DADAH LAH BUDAK NI!! Nasib baik roomate pun dapat yang sama jugak. So, adalah member :)
Survey n Mapping seperti biasalah, 5 jam berjemur di bawah terik mentari sinar UV... Tapi, not like last semester, semester kali ni hari jumaat dah ada lecture. Kalau tak, hari jumaat memang lepaklah kat bilik before pergi masjid.
Lagi satu, semester ni dapat dua lecturer baru untuk subjek English for Comm. dan juga Maths for GIS. Subjek yang lain seperti semester lepas, En Azman Ariffin Prof. Safie Mohd.
Harap2, semester ni dapat buat yang terbaik dan rajin2 study. (Nada Chaiyok2 jelas di situ ehh..) Pointer pun dapatlah naik jugak nanti, InsyaAllah.

Ok lah, before that, thanks to Yohnny for timetable.

20110106

Insya Allah - versi Malaysia

Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi
Terasa sangat kehilangan entah apa
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam
Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih.


Namun ku cekal kan hati ku
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan.


Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku Insya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya.

Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakalanya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu.


Namun ku cekalkan hati ku
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil

Namun tidak pernah aku kehilangan harapan.

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku...

*semoga dapat kita dapat hayati bersama bait-bait lirik Insya Allah(Maher Zain) di atas.

20110101

1111

Begitu pantas masa berlalu
Masa pergi meninggalkan aku di sini
Ditinggalkan bersama azam yang masih belum tertunai
Kini telah masuk tahun baru 2011
Namun ibarat baru semalam aku menyambut tahun 2010
Masih ku ingat dentuman bunga api awal tahun lalu
Bagaimana harus ku tempuh hari baru
Terasa berat hati meninggalkan memori lalu
Hanya berbekalkan semangat dan doa
Aku tegak berdiri di atas bumi dan di bawah langit yang terbuka 
Masa ibarat bergerak sepantas cahaya
Kekadang aku rasa tidak sanggup untuk menempuh hari muka
Kerna aku tahu diriku kecil di sisiNya.

*Alamak! Bersajak pula awal tahun baru 2011 ni. Tak apa, ni sekadar luahan hati saya. Nama pun blog sendiri kan?... Sebenarnya tak ada idea sangat nak cakap apa. I just want to wish A Happy New Year 2011 to all my beloved friends and followers. For me, I hope I will be a stronger person, anak yang lebih soleh & work harder to achieve my goals!!