20101128

Cat Stevens & Yusuf Islam

Cat Stevens. Siapakah dia insan yang bernama Cat Stevens? Nama sebenar beliau adalah Steven Demetre Georgiou atau nama Islam adalah Yusuf Islam. Mesti korang pernah dengar nama tu atau mmg peminat setia si Yusuf Islam ni. Bagi yg masih belum menggenali beliau, saya nak terangkan sedikit sebanyak pasal beliau.

                                             Atas ni gambar Yusuf Islam


Beliau telah dilahirkan pada 21 Julai 1948 di kotaraya London. Beliau mula mengasah minat dalam permain alat muzik dan menulis lagu sejak kecil lagi dan menjadikan kumpulan The Beatles sebagai sumber inspirasinya. Sewaktu awal penglibatan Yusuf Islam dalam bidang muzik, beliau bermula dengan membuat persembahan di coffee house dan pub. Kerjayanya diteruskan lagi dengan menggunakan nama Cat Steven sebagai stage name beliau (mmg unik nama ni) dan “I Love My Dog” merupakan single pertama beliau. Sewaktu itu, beliau terkenal sebagai bintang fresh-faced remaja yang meletakkan lagunya di carta muzik pop British. Album beliau yang berjudul  “Tea for the Tillerman” dan “Teaser and the Firecat” telah diiktiraf sebagai Platinum Berganda Tiga di USA. Bakat mencipta lagu beliau juga memberinya dua anugerah ciptaan lagu untuk "The First Cut Is the Deepest" yang menjadi single hit untuk empat orang artis tau. Sungguh talented dia ni kan kalau nak dibandingkan dengan saya. huhu
Setelah beberapa pencapaian yang beliau dapat dalam bidang muzik iaitu di saat kemuncak kegemilangannya, tup.. tup.. beliau telah terbuka hati untuk memeluk agama Islam pada tahun 1977. Mungkin ramai ter-tanya2 mcmna beliau terbuka hati untuk memeluk Islam. Kisah Yusuf Islam untuk menjadi seorang Muslim sebenarnya bermula time Yusuf bercuti di Morocco. Beliau tertarik dengan laungan azan yang diterangkan kepada beliau sebagai “Music for God”.  Beliau yang pada ketika itu sedar bahawa beliau tidak pernah mendengar muzik untuk tuhan, yang beliau tahu, muzik untuk duit, mashyur dan kuasa persendirian saje. Seterusnya, abang beliau telah menghadiahkan senaskah al-Quran sebagai hadiah harijadi dan Yusuf Islam mula beralih kepada agama Islam. Dalam waktu beliau mendalami  al-Quran, beliau semakin banyak menemui nama Joseph atau nama dalam Arab adalah Yusuf. Beliau menyatakan bahawa amat tertarik denagn kisah Yusuf dalam al-Quran serta sentiasa cinta akan nama Yusuf tu. Pada tanggal  7 September 1979, beliau telah mengambil keputusan berkahwin dengan wanita bernama Fauzia Mubarak Ali di London dan selepas tu, dikurniakan lima orang cahaya mata.

                                       Yusuf dan isteri, Fauzia Mubarak Ali


Yusuf meneruskan perjalanan hidup sebagai muslim dengan memberikan fokus terhadap sumbangan pendidikan dan dermawan dalam masyarakat Islam dengan gunakan harta dan pendapatan berterusan yang beliau dapat selama ini. Dan sehingga pada tahun 2006, beliau kembali semula ke dalam industri muzik pop dengan menghasilkan sebuah lagi album berjudul “An Other Cup” dan beliau begitu aktif mempromosikan album tersebut. Kemunculan semula beliau ni di pentas hiburan dengan tujuannya yang sendiri sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat setianya.
Pada tahun 2009 yang lalu, Yusuf Islam juga telah merekodkan sebuah lagu George Harrison berjudul “The Day The World Gets Round” serta berkolaborasi bersama Klaus Voormann. Single tersebut bertujuan untuk memberi bantuan sumbangan kepada mangsa perang di Gaza(suci sunnguh niat). Beliau tidak melepaskkan peluang untuk membuat world tour yang telah mendapat pujian dunia. Sehingga bulan oktober 2010 yang lalu, beliau muncul di Jon Stewart dan Stephen Colbert's Rally to Restore Sanity and/or Fear di Washington DC.
Dan yang terbaru Yusuf Islam dan isteri telah melawat Malaysia. Beliau dan isteri telah dijemput untuk bertemu dengan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepanjang berada di Malaysia. Bukan itu sahaja, lawatan beliau ni juga bertujuan untuk  berjumpa dengan beberapa produksi bagi kemungkinan untuk menerbitkan Musical Moonshadow yang telah dipertontonkan di Australia dan New Zealand pada bulan Jun lalu(wait n see). Malah, beliau turut meluangkan masa untuk single nasyid terbarunya berjudul "Wind East And West" serta pelancaran inisiatif untuk keamanan dunia, "Peace Train Community" bagi mempromosikan keamanan dunia. So, itu lah sedikit sebanyak cerita yg dapat saya kongsi dgn korang pasal Yusuf Islam. Bagi saya, Yusuf Islam boleh dijadikan model terbaik kepada umat Islam seluruh dunia hari ini khususnya remaja sebagai penyampai dakwah Islam melalui hasil seni muziknya dan sumbangan besar beliau terhadap umat Islam dunia.

                                 Kenangan bersama PM dan isteri di Malaysia
                   "You know, the cup is there to be filled...
                    with whatever you want to fill it with.
                    For those people looking for Cat Stevens,
                    they'll probably find him in this record
                    (An Other Cup). If you want to find
                    (Yusuf) Islam, go a bit deeper, you'll find
                    him." -Yusuf Islam





*sumber gambar dari Google

20101126

Mukadimah:Rangkap Satu

Bismillah,
Assalamualaikum & Hi everyone!

Akhirnya hajat untuk menulis blog tercapai sudah hehe! Sebenarnya, dah lame plan nak ber-blog, tapi disebabkan mcm2 faktor, lmbat lah sikit nak establish blog sendiri. BUT...
FINALLY, my SUPADUPAMIRUL blog dah menjadi kenyataan. HARI INI DALAM SEJARAH KOT.
HAPPY ;)
Saya harap saya tak lah ketandusan idea utk share dgn semua(ade ke follower?) dlm dunia blog ni. Apa yg buruk dtg dari diri penulis blog ni sendiri lah ye & yg baik dtg dari Tuhan.. InsyaAllah
tq


the writer(saya)