20110816

Kita Membakor Je!

Selamat hari Selasa.
Sekejap je dah sampai hari ke-16 Ramadan. Kita dah sampai dekat pertengahan bulan berpuasa dah ni. Kalau tarawih tu, dah kena baca doa Qunut lah tu. huhu.

..............................................................................................................................................................

Ok, ni nak cerita sikit. Nak kata letih puasa kali ni memang terasa agak letih. Tapi kan, nak dibandingkan dengan tahun lepas dengan dua tahun lepas time matrikulasi dulu di mana aku pergi balik lecture, aku rasa duduk rumah lagi penat. PENAT? Ye, penat tau. Sebab lagi tak ada apa sangat nak buat. Cuma tunggu je waktu berbuka puasa. Mana tak penat weyh.


Tapi, semalam lain pulak ceritanya benda yang aku buat dekat rumah. Semalam aku membakor. Membakor apa? Membakor biskut raya.


Semalam dapatlah dua jenis biskut raya untuk tahun ni. Dah siap dah pun dimasukkan dalam balang.


Biskut pertama adalah biskut 'Cokelat Berbadam'. 
Sebanarnya, nama biskut ni namanya, biskut tak-tahu-apa-nama. Dengan gunakan kreativiti sendiri, wujudlah nama yang simple ni. Aku tak suka sangat sebab ada badam iaitu kacanglah kan? Takut nanti jerawat bermaharajalela haha. Tapi, makanlah jugak satu. Rasanya, not bad, ala ala biskut Almond London pun ada. Tapi, biskut Almond London insyaAllah akan dibuat kemudian.





Biskut yang kedua pulak adalah biskut 'Nestum dan Emping Jagung'.
Biskut ni aku yang adunkan sendiri semalam based on resepi yang Mama dapat. Excited nak buat sangat, hambik kau. Hasilnya, menjadi jugaklah. NICE! Tak cukup satu balang, malam sambung buat lagi biskut ni. Sampai pukul 1 pagi tunggu membakar biskut ni dengan kakak aku. haha.




Itu saja lah cerita berpuasa aku semalam. Walaupun berpuasa, kita perlu mengeluarkan peluh jugak. Tapi, taklah buat sampai meletihkan sangat diri sendiri. Jangan duduk & baring je bulan puasa ni kan kan? Gunakan masa yang Tuhan bagi sebijak yang anda boleh.


Sekian, ADIOS!


P/S: Tak suka sangat budaya bakor-membakor oleh Usop Wilcha. :\

2 comments:

  1. wahhh! dah siap kuih raya! nnt bwk laa blk utm! nk rasaaaa. :DD

    ReplyDelete
  2. Pija: insyaAllah kalau ada lebih.. hehe

    ReplyDelete