20110610

Jalan-jalan Utara

Assalamualaikum semua & salam petang jumaat. :)

Saya gembira. Gembira sebab apa?
Sebab dapat jalan2 ke utara; Perak, Kedah, Perlis & Penang, last few days with my family yaw. huhuhu
Sebenarnya pergi sana sebab ada jemputan majlis walimatulurus saudara. Haruslah pergi. Lagipun memang dah lama tak gerak negeri utara. It's more than 10 years, I think.
Rumah saudara tu dekat Sungai Petani Kedah nuuuunnn. Lepas je majlis tu apalagi jalan2 lah. Sambil menyelam minum ayak (air loghat kedah). But, my sister tak dapat ikut sekali sebab ada class hari isnin & selasa nya. hmmm tak apa.
Kamera haruslah ada bersama kami to snap the moment. DANG!
Ini boleh dikatakan jalan2 holiday yang sekejap. Sebab satu tempat tu sekejap-sekejap saja. Almaklumlah bukan senang nak pergi utara no, sekali-sekala.

First place yang dilawat adalah Menara Alor Setar.
Taklah tinggi mana, tapi architecture-nya bagus lah. Dah sampai mestilah naik atas menara tu but, pelawat tak dapt naik sampai tingkat atas sekali menara ni. Sampai dekat ruang pemerhati saja. Alahh, ni yang tak best ni. Baru ingat nak feel ala2 skydiver macam yang Yuna buat dalam iklan tu. "Anda buatlah sesuatu yang baru" katanya.
Dapat lah teropong2 the scenery from the top of the tower. Pemandangan boleh tahan lah, CANTIK dengan angin 'sepoi-sepoi bahasa' lah orang kata.



the tower


a great view


giler NIKON!


pantang larang bila gunakan teropong



The next day pulak our plan is going to Perlis. Mana lagi kalau bukan Padang Besar lah.
Jauh jugak perjalanan dari Alor Setar menuju ke Padang Besar. OTW ke sana, yang menariknya dapat tengok tanaman tebu untuk diproses jadi gula. Luas jugak tanah yang diorang guna buat tanam tebu. Hijau saja sepanjang perjalanan tu & nama tempat yang kitorang lalu tu namanya Chuping. Cuping telinga? First time dengar seyhh. Dapat jugak lalu depan kampus Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). The location agak pendalaman jugak lah & malam mesti sunyi sepi + gelap gulita.
Bersyukur dapat UTM. UTM MY HEART ! Okey itu sekadar selingan. 
Sambung balik cerita tadi. Kalau namanya Padang Besar mestilah aktiviti yang wajib untuk semua adalah shopping. Tak pun window shopping saja kalau tak nak beli. hahaa. Dapat lah cuci-cuci mata.
Actually, ini bukan first time pergi Padang Besar. Ini my second time been there. Dulu pergi masa sekolah rendah, masa darjah berapa entah. Dah lama (as mention earlier).
Masa jalan tetiba pulak aku teringat yang ada sorang kawan budak Perlis. Yusrin Faiz. Mana ek dia duduk. Boleh datang rumah dia, kunjung mengunjung. haha Kau tengah buat apa sekarang? Main sepak takraw ke?



dulu lain sekarang lain



this still the same. perhaps.


muka penat dari saya. *hamboi banyak barang, tettt



By the way, tak banyak sangat barang beli pun. Dapat lah T-shirt sehelai.
Yang banyak beli makanan saja. For my nafsu makan tummy jugak.
Actually, my father ada seorang kawan jugak bertugas dekat area sini. My father told me that, kawan dia ni dah biasa lah jalan dekat sini. So, my father plan to ask his friend to guide us untuk jalan-jalan dekat Perlis. Jeng Jeng... Nak tahu tak kitorang satu family pergi jalan mana pulak lepas tu.
hurmmm tunggukan sambungannya yeah kalau nak tahu lah.
haha DANG!


the journey will be continue...

No comments:

Post a Comment