20110612

Jalan-jalan Utara (part 2)

Baiklah. Kisah Jalan-jalan Utara bersambung sekarang.
Kami sekeluarga pun sebenarnya tak plan nak pergi ke tempat ni pada awalnya. Tempat ni betul-betul tak pernah pergi. So, kawan ayah saya pun bercadang nak ajak kami pergi THAILAND. Hanya selatan Thailand. 






 


Seronok sebab takda pasport pun kami sekeluarga boleh masuk sempadan & bawak kereta sendiri lagi. Excited & beruntung sesangat beb! Kawan ayah saya tu macam tourist guide dah. Thank you bang (sebab belum kahwin lagi) huhuu. Aktiviti dekat sana again adalah shopping shopping & shopping again! 
Nama tempat yang kami pergi namanya Sadao & Padang Besar, Thailand. Nama dia samalah dengan Padang Besar, Malaysia.
Penduduk dekat area sana still boleh bertutur dalam bahasa Melayu selain bahasa siam sendiri tau. So, tak ada masalah lah dalam berkomunikasi. Murah jugaklah barang-barang yang dijual. Baju, seluar, tudung, buah-buahan & banyak lagi lah buah tangan yang boleh beli.
Lepas saja shopping sempatt lagi singgah sekejap dekat restaurant makanan halal dekat sana. Laju saja makan, yelah dah letih berjalan-jalan & memang dapat makan the real tomyam lah. Sementara tunggu makanan sampai, kitaorang berpeluang bagi gajah makan. Dekat sana ada gajah yang dibawa berjalan-jalan tepi jalan untuk pelancong-pelancong bergambar & bagi makan gajah-gajah ni. : ) 










Sebelum maghrib kitorang pun bergerak keluar dari Thailand. AWESOME!
Hopefully, after this dapat datang Thailand lagi. Mungkin ke Phuket atau The Floating Market  diorang pulak. 


InsyaAllah.
BON VOYAGE THAILAND FOR THIS TIME.

3 comments:

  1. fuyoo. huh. da lme x balik kampung ak kat patani. T.T

    ReplyDelete
  2. Saadah: Jangan jadi cucu derhaka. Raya nanti boleh balik & nanti boleh bawak aku jalan2 dekat sana pulak. :) Bolehkan?

    ReplyDelete
  3. huhu nenek n atuk ak da lme meninggal daaaa. sbb tuh da x balik. ak xdak pasport. da mati da pasport ak. ak xnk jd pendatang tnpa izin. ngeee~

    ReplyDelete