20101213

Legasi Smith

Post ni saya nak share pasal anak2 pasangan Will Smith & Jada Pinkett Smith iaitu Jaden Smith & Willow Smith. Both of them ni memang big talent dalam menyanyi dan berlakon tau. Personally, kalau korang tanya apa yang saya minat dekat diorang ni adalah part gaya rambut yg lain dari lain sangat. Tapi mati hidup balik pun saya memang tak bolehlah nak buat gaya tu..


Smith family

Anak lelaki Will Smith ni mula buat penampilan pertama dalam filem The Pursuit of Happyness pada tahun 2006. Saya tak tengok pun filem tu. haha...Then, bakat dia terus berkembang bersama dalam filem seterusnya iaitu The Day The Earth Stood Still dan yang latest Karate Kid. Fulamakk.. lakonan Jaden Smith dalam Karate Kid bagi saya memang bagus dengan aksi karate segala macam, ala2 Jackie Chan tu di samping few awards yang dia dapat selama penampilan dia dalam dunia seni. Tahniah! Selain tu, dia jugak buat rapped bersama Justin Bieber dalam lagu Never Say Never tau. Memang berbakat...


watchaa!

Si Willow Smith baru je 10 tahun ni mula mulakan karier dengan berlakon jugak. First filem dia adalah filem I Am Legend bersama daddy tercinta. Bukan tu saja, dia terus tampil dalam Kit Kittredge: An American Girl n dia berjaya dianugerahkan Young Artist Award. Seperti abangnya, Willow jugak tak mensia-siakan bakat nyanyian. Tahun ni, dia buat single Whip My Hair. Boleh tahan jugak lah suara dia n music video dia, memang dapat sambutan hangat sampai masuk Carta Billboard Hot 100.. Mantopp!
Last but not least, saya wish all the best n very good luck to family Smith, semoga menjadi happy family gakz. Ok lah, kat bawah ni nak share music video Whip My Hair dari Willow Smith. Enjoy (stylelah rambut Willow yang bentuk Love tu) :D


No comments:

Post a Comment