20101202

It easy as Spaghetti

Assalamualaikum to all,

Ha, saya nak share ni. Last tuesday, saya(adik n kakak jugak) nak buat menu special untuk our parent. Fikir punye fikir dengan low bajet, datang lah satu idea. Salah satu menu yg bakal dihidangkan adalah Spaghetti Bolognese. yummy! Pagi2 lagi (x de lah pagi sgt kot) kteorang terburu-buru pergi pasaraya 'Gergasi'. Actually, x susah pun nak dapatkan bahan2 n to prepare spaghetti yang sedap ni. So, pada yg nak tahu resepi nye saya nak ajar kat post ni. Its's easy, budak2 sekolah rendah pun boleh buat... Bahan2 n cara2 nye adalah:

 Bahan-bahan:
Bawang besar dan bawang kecil
Daging cincang atau Bebola daging (meatball)
1tin sos spaghetti(ada kat pasaraya)
1tin cendawan butang
2batang daun celery
Garam secukup rasa
Minyak zaitun atau minyak masak biasa
Parutan keju parmesan

Cara:
 
1. First of all, untuk merebus spaghetti, tuangkan air dalam satu periuk yang besar(agak-agak). Tunggu sehingga air tadi mendidih dan selepas tu, baru masukkkan spaghetti.

2. Masukkan sedikit saja minyak masak supaya taklah spaghetti melekat dalam kuali nanti. Bila spaghetti dah lembut, slowly keluarkannya dan tos sehingga kering. 

3. For the sauce pulak, tumis bawang besar dan kecil yang telah dihiris di dalam kuali. Tumis sampai naik bau.

4. Then, masukkan sos spaghetti yang telah siap ke dalam kuali dan tambahkan air dua cawan air ke dalam kuali. Kacau jangan sampai sos tu hangus.

5. Masukkan bebola daging dan cendawan butang pulak yang telah dipotong halus ke dalam kuali dan daun celery yang dipotong halus. 

6.Next, tambah sedikit garam (secukup rasa) terpulang kepada rasa deria rasa masing-masing. Teruskan mengacau ramuan tadi sehingga bebola daging dan cendawan tadi betul-betul masak.

7. Tunggu sehingga sos spaghetti tersebut mendidih(7-10 minit). Kalau sos terlalu kering tambahkan sedikit air. Kecikan api kalau dah  hampir-hampir masak. Lastly, biarkan sos spaghetti tadi menjadi pekat.

*Cadangan: bolehlah hidangkan spaghetti ni dengan letakkan parutan keju parmesan.



Seperti biasa "Selamat Mencoba" & makan tu ingat2lah orang belakang... :)


No comments:

Post a Comment