20101228

10 Fakta: Teh

Assalamualaikum WBT semua. Saya harap korang sihat and happy selalu. Baiklah saya nak terus ke tajuk post ni. Siapa dalam kalangan korang yang gemar sangat minum air teh? And I offcourse mmg peminat air teh since kecik lagi. Perghhh.. aromanya mmg memikat selera orang yang tengah haus. Nak2 kalau air teh BOH. Tapi, korang tahu tak khasiat sebenar di sebalik air teh yang korang minum? Actually, mmg banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan oleh pengamal minum air teh ini. So, saya nak list down 10 interesting facts yang berkaitan dengan air teh:
1. kandungan air teh ada vitamin B, C, E dan K serta mineral yang bagus untuk badan kita.
2. menghilangkan rasa letih lalu meningkatkan lagi tenaga pada tubuh seseorang dalam melawan penyakit.
3. mampu mengurangkan panas badan.
4. membantu perkumuhan dan penghadaman iaitu bagus bagi mereka yang berdiet.
5. berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan.
6. mencegah kerosakan gigi. Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurangkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%.
7. melindungi fungsi pembentukan darah. Sebenarnya, daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan.
8. memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh. Jadi, dapat mencegah tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.
9. mengurangkan risiko kanser paru paru, hati dan perut.
Dan yang terakhir,
10. menghitamkan semula warna rambut yang telah beruban. Korang mesti pelik tapi, ini lah salah satu kebaikan air teh. Cuma perlukan serbuk the sama ada belum atau dah digunakan. Senang saja caranya. "Easy as ABC" orang putih kata. huhu...
a)Tuangkan sedikit air pada uncang atau serbuk teh tadi.
b)Seterusnya, sapukan pada bahagian rambut anda yang beruban tadi dengan serbuk teh yang dah kembang. Sapukan dengan rata.
c)Biarkan rambut anda seketika sebelum mencuci bersih.
d)Untuk hasil yang lebih baik, buat setiap hari pada waktu mandi pagi. Insyallah berhasil…

Umphh I like!

daun teh


ladang teh

2 comments:

  1. lattalilat: tu mmg tak dpt dinafiakn. tapi, kat negara kita susah nak dapat air zam zam. thx komen..

    ReplyDelete