20110507

Solat Berjemaah

Assalamualaikum wbt.

Saya ada sedikit perkongsian di sini.
Perkongsian yang disampaikan pada solat jumaat minggu ini.
Kali ini mimbar mengingatkan semua berkenaan fadhilat solat berjemaah.

I'm sure, semua tahu solat jemaah tu apa kan.
Kalau tak tahu, tak tahu nak kata apa. Tak apa, tak apa. Ni nak habak mai.
Solat berjemaah merupakan solat secara beramai-ramai. Terdiri daripada seorang imam dan paling kurang seorang makmum.

Hukum solat berjemaah adalah sunat muakkadah atau fardhu kifayah jika dilihat kepada hukumnya bagi setiap waktu sembahyang satu persatu, tetapi jika dilihat kepada hukumnya secara keseluruhan, maka hukum sembahyang berjemaah adalah fardhu ain.

Pembaca yang dikasihi sekalian,
Dengan rendah dirinya saya mahu berkongsi 5 fadhilat yang disampaikan mimbar hari ini.


1. Solat jemaah merupakan ibadah sunat yang amat ditekankan oleh Rasullulah s.a.w, para ulama' dan tabiin.


2. Solat berjemaah dapat membentuk peribadi muslim yang berdisiplin. Ini kerana solat tepat pada waktunya.


3. Para jemaah bakal mendapat ganjaran besar iaitu 27 kali ganda pahala berbanding solat secara bersendirian. InsyaAllah..


4. Solat berjemaah mampu mempamerkan serta membuktikan betapa kuatnya dan kukuhnya perpaduan dalam ummah Islam sama ada masyarakat setempat mahupun luar dari kawasan.


5. Sesiapa yang sembahyang Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun separuh malam. Manakala sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam.

Ibnu Mas'ud berkata:

Memang jelas daripada pemerhatianku, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah melainkan orang munafik yang jelas sikap munafiqnya.
                                                                                                                            
                                                                                                                                 Riwayat Muslim.


Saya sendiri terasa ingin memperbaiki solat saya.
Serta terasa diri ini kecil di sisi Allah taala.


Dan tiba-tiba terasa rindu nak solat jemaah dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam. Tempat lama saya yang dirindui.
InsyaAllah, mungkin satu hari nanti menjejakkan kaki semula ke sana sebab masih tak lah jauh mana dari rumah sekarang pun.


Lihat saja keindahan senibina masjid ini.
Mesti tertarik.



Wallahualam.


*Blog ini menyokong
budaya ingat mengingati &
pesan memesan perkara baik*




 *sumber: google dan pusat islam utm

No comments:

Post a Comment