20120208

Movie Dari Seberang

Movie apa yang dari seberang ni?
Dari seberang atau serumpun pun boleh. Dari mana lagi, kalau bukan dari Indonesia.
Ada dua movie yang sangat aku recommended untuk ditonton. Layan jugak lah.
Kedua-dua movie yang dihighlight kali ni mengetengahkan nilai-nilai Islamik. So, lain dari movie yang pernah tengok.

1) Di Bawah Lindungan Ka'bah.


Genre movie ni Romantic kot. Haha hentam saja lah Labu..
Biasalah ada babak-babak cintan cintun.
Nama watak aku dah lupa dah. *kene tengok lagi ni. heh...
Dalam movie ni, ada dua scenes yang aku sendiri suka bila dua couple ni berdrama. Sangat romantik nok & dah macam budak kecik pun ada. huhu.
Sedih-sedih pun ada. Kesian pun ada tengok cinta diorang ni, lagi lagi watak si hero tu sendiri sebab cinta diorang ni agak terhalang. He's just really love his girlfriend walaupun masing-masing berjauhan.
Lagi satu sebab diorang ni berbeza darjat. Ditambah lagi dengan fitnah yang dilempar dekat si hero tu.
Nak tahu ending dia macamana? Sedih atau tak? Tengok sendiri lah ye.


Yet, overall movie ni aku bagi 4.5 / 5 bintang.


2) Hafalan Shalat Delisa


Genre movie ni pulak aku agak-agak adalah Drama.
Sebab apa movie ni best jugak? Sebab movie ni sebenarnya berkisarkan tentang kehidupan sorang budak perempuan, Delisa & family sebelum & selepas tsunami melanda Acheh. Menyayat hati jugaklah orang kata.
Tsunami dia guna teknik CGI tau. Tapi tak boleh lawan James Cameroon punya CGI lah kan. Nak tahu macamana rupa tsunami dalam movie ni, haruslah tengok sendiri.
Sedih jugak tengok watak Abi Delisa masa scene nangis-nangis.
*Tetiba nak mintak tisu satu. sob sob.
Mana taknya, sedih bila orang yang dia sayang dah pergi buat selama-lamanya, rumah yang dia bina musnah dalam sekelip mata saja. Banyak kenangan wooo.

Delisa ni pulak terus survive dengan hafalan solat dia yang diajar oleh Umi & ustaz dia. Tapi, ustaz dia nasihatkan dia supaya ikhlas dalam ibadah yang dia buat. Dari situ Delisa banyak belajar benda baru. Dari berkawan sehingga menjaga hati Abinya. Banyak benda nak cerita dekat sini.
Kalau nak tahu, korang tengok sendiri. Movie ni pun tak rugi kalau tengok.
We can learn from Delisa character itself. Especially, to kids out there.

Overall, movie ni aku bagi 4 / 5 bintang.



p/s: cuma mengisi masa lapang & worth watching these : )



Feel free to drop any comment/s or idea for this entry & blog.
Thank You. Really appreciate. :)



picture credit to Google

No comments:

Post a Comment