20120129

I Heart You, Port Dickson

Assalamualaikum wbt, kengkawan.
What's up brothers & sisters?

Saya haritu baru balik dari family holiday. We went to Port Dickson (PD). Hah what? PD?? PD lagi?
Don't mind la. Asalkan dapat chilling, relaxing and happying dengan family.
PD is my-family-all-time-favourite-holiday-spot. "PD pusat percutian negara" katanya.*if i not mistaken yang ada tulis dekat ads board kat sana. Kurang rujukan.
Ye lah korang, dekat pun dekat dengan rumah. Tak payah fikir banyak. Since zaman kecik-kecik, comel-comel lagi PD memang dekat di hati
Ni pergi pun sebab cuti Chinese New Year. GONG XI FA CHAI!
Memang ramai cina lah kan dekat Miami beach tu. eh! PD lah.

Alright, dah nama pun holiday mesti ada gambau (loghat melake sikit). Kalau ada gambau siapa lagi cameraman? hmmmm.. Of course lah si penulis blog ni sendiri yang mengepalai shoot2 dekat PD ni. haha.
Memang banyak gambau sepanjang ada kat sana. NICE!
But, here just few captured photos yang saya boleh publish. : ) Just nak share something than nothing sebenarnya. Betul tak kengkawan? Angguk jangan tak angguk tanda setuju.
Tak nak cakap panjang lagi. Ni gambau-gambaunya.


 
Welcome to PD! : ) 
*eh kamu lagi


Malam yang pertama kitorang buat bbq kecil-kecilan. Saya pun menyibukkan diri jadi masterchef kejap.
Buat dalam rumah hotel saja. Seronok jugaklah.


Burger menjadi pilihan utama


Itu dia kelibat si masterchef. ngeh


Sampai dua ketul burger & etc telan

Lepas kenyang makan, jalan-jalan tepi pantai. Malam pulak tu. huhu Saja ambik angin malam.


Mood CNY ada jugak kat hotel ni


EH!


Itu saja untuk hari yang pertama di PD.

Next is the second day in PD...


Scenery waktu subuh dari hotel.
Nak ambik mood bangun pagi dulu lepas solat.


Pagi tu turun berenang bagai dekat pantai. Kolam tak main lah. Best. Dah lama tak mandi. I'm mean tak mandi pantai ok.
No photos allowed. PROHIBITED!

Lepas penat berenang, kitorang decided to go jalan-jalan around PD. Breakfast and so on.
This time kitorang pergi melawat Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Before this memang tak berkesempatan. Hutan ni ada rumah api setahu saya. Tetiba jadi excited. haha. So, masuklah dengan bayaran RM1.
Mari menjejakkan kaki di Rumah Api Tanjung Tuan yok!


Entrance. Jalan kaki ok.


Dah kenapa muka tu, takut ke terkejut ke teruja?


Excited lah. 
*Dah macam kawan beruk. LOL


Lihatlah kejadian Allah


Bumi yang tiada rimba... Seumpama hamba...
*Tetiba background muzik lagu Hijau by Zainal Abidin.

Dedaun


Dedaun lagi

Actually, kalau sesiapa yang tak tahu, Tanjung Tuan ni menjadi pilihan spesis burung-burung yang datang berhijrah dari serata pelusuk dunia jugak tau. Tapi, this time burung tu tak sampai lagi dekat sini. Kalau tak memang meriah lah Tanjung Tuan ni.


As you can read, ini rajah Laluan Penghijrahan Burung Pemangsa

Jalan punya jalan dalam 800 meter dalam hutan, akhirnya sampai jugak dekat rumah api tu.
Alhamdulillah.
Penat tak penat lah. Berpeluh jugak. Good activity for those yang dah lama tak bersenam. 
Kami keluarga gagah! Haiyakk!


Rumah Api nun di atas


Alamak tak dapat masuk dalam rumah api.
*sebenarnya awal-awal dah tahu memang tak boleh masuk :\


Inginku takluk tapi apakan daya


Saya dah tiba. Anda bila lagi?


Haruslah


 Ha! ini dia bench mark by JUPEM kat tanjung tu kengkawan


Rajah Mergastua


 Bergambar dari atas tanjung

Love this. Allahuakbar!


Eh macam baju saya daaa.. 
*sila rujuk gambar kat atas. Baru sesuai dengan tema. haha


Masa untuk pulang. Selamat Tinggal Tanjung Tuan!


Aktiviti petang dekat hotel petang tu adalah berenang lagi di pantai dengan family.
Tapi, disebabkan penat saya tak join the club. Cuma bersantai dan mencuci mata di tepian pantai dikala waktu semakin dimamah senja.
*betul ke ayat bahasa melayu aku yang tak boleh belah ni?
Apa lagi shoot2 lah scenery yang mana ada. 


Beach by the evening


Ombak Rindu di PD
*Tetiba telintas wajah Izzah. haha


Imagine yang Izzah dan Haris sedang bersantai. 
Romantik! #matakeatastangandidada


Sunset


Kan dah kata memang Izzah dan Haris ada kat PD.
Nampak tu dia dah naik kapal. woah!


Ok. Masa untuk naik, dah nak maghrib. 
*Manalah pergi Izzah dan Haris ni?


Itu sahaja kengkawan untuk kali ni. Kaki pun dah penat berjalan. Tangan pun dah letih berenang. Perut pun dah penuh. Alhamdulillah. Our vacation come to end and i'm enjoyed being there. 
Thank you to my keluarga tercinta. : )
Selamat Tinggal pula PD!

Sebelum bertolak ambiklah gambar kenangan buat kesekian kalinya.


Sebut TIGA!


Till here, ADIOS!
Wasalamualaikum wbt.


p/s: thank you Allah for giving this golden opportunity to my family & me.

*problem sikit untuk upload gambar kat sini. kesulitan amat dikesali.

2 comments: