20111124

Khairul Fahmi Minta Maaf?





Khairul Fahmi minta maaf kepada semua rakyar Malaysia kerana kalah di tangan Syria semalam sebanyak 0-2.
It's ok, Apek. Nanti lawan dengan Bahrain, banggakan kami pulak.
Kami faham keadaan korang. Lain kali jangan bagi chance  :-)

source: twitter

20111122

Bola Itu Bulat

Assalamualaikum and hello there!
I'm glad cause now I can update my blog.
Sebenarnya, internet connection dekat bilik kolej baru saja pulih.
Sebelum ni, macam apa je. Sabar je lah kan?

Last night another history created.
Tak tahu ke lagi?
Rasanya satu dunia dah pun tahu yang team bola sepak Malaysia menang pingat emas untuk Sukan SEA di Indonesia. Twitter trending kot. #sayatekaje.

Masih belum terlambat nak ucapkan tahniah buat team Malaysia atas kejayaan diorang yang menang penalti semalam.
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Semalam memang tak senang duduk tengok bila Indonesia yang skor dulu. Memang awal minit lah goal tu.
Tapi, bila Malaysia tak putus asa & terus samakan kedudukan, 1-1, memang semangat nak tengok lagi menjadi-jadi.
It is actually there will be a mid-term exam on tomorrow (today lah). Tak kisahlah, tengok jugak walaupun sambil menghadap nota yang ada. Bukan senang bolah tengok team bola sepak Malaysia ni beraksi atas padang.
Lagi-lagi bila si harimau bertembung dengan sang garuda.
Memang mantaplah masing-masing.
Eventough, still ada mistakes here & there (not to mention here by who haha), but it still a good game, instead.
Well done, to both teams.

Kalau nak diikutkan, satu Stadium Bung Karno tu memang fully-loaded dengan penyokong dari Indonesia lah kan. Almost, everywhere is reds.
Ada jugak kedengaran masa lagu Negaraku dimainkan masa mula-mula tu, ada sesetengah penyokong Indonesia yang mem'boooo'kan Malaysia.
Haish, memang tak patut. Tak ada etika & rasa hormat dekat lawan betul diorang ni.
Plus, ada jugak kedengaran, ada jugak local yang tak dapat nak beli tiket game semalam, memberontak nak membakar kaunter tiket stadium.
Sudah-sudahlah tu, kalau tak dapat tu tak adalah rezeki.
Tengok live depan TV pun okey what?. Jangan asyik nak memberontak je.
Ini lagi satu hal lagi, kalau tak puas hati kalah, itu pun nak memberontak dekat lawan.
Konon nak bersuara akan ketidakadilan lah ya?
Menyusahkan orang ada lah.
So, terpaksalah pihak pertahanan Indonesia sendiri yang menyediakan kereta kebal.
Barracuda namaya. *Barracuda siap.
Tak perlu kot kalau semua pihak bersikap professional & berlapang dada dengan keputusan game.
Relax lah, Indonesia pun dah menang banyak pingat emas. Beratus-ratus tu.

It is undeniable, our Malaysia's team showed a better performance last night. 
Tahniah Ong Kim Swee sebagai coach! Dia ada Ong (Tuah) mehh.
Tahniah juga sebab dapat mempertahankan emas yang dikalung dua tahun lepas.

Okey, tak nak cakap panjang lagi. Sampai sini cukup.
I'm sorry, if my words is quite 'tak tersusun'. : )

Hope to see more victory in football from our National Team (TEAM MALAYSIA) in near future.
Majulah Sukan Untuk Negara.

Now, I get a better understanding on the said "Bola Itu Bulat".
Bolasepak 'mengajar' kita.
Tapi kita yang mengawal bola itu supaya terus disepak dengan skill & gaya yang bagus.
Terkadang kita di atas. Terkadang kita di bawah.

: )


p/s: Alhamdulillah ya Allah.

20111106

Homecoming: Eid ul Adha 1432 H

Assalamualaikum semua. 
Akhirnya berkesempatan jugak nak update blog kesayangan ramai ni. hoho.
Tak apa, ni nak update lah ni. Maklumlah, orang busy dengan study memang macam ni. Assignment datang bertalu-talu macam peluru.
Adoi. Tak keruan hidup dibuatnya. Tapi, tak apa, sudah menjadi lumrah untuk berjaya.
InsyaAllah.

Syukur masih dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik untuk berjumpa lagi Aidiladha tahun ni. Sesungguhnya nikmat Allah sangat besar.

Hari Jumaat yang lepas masa yang dinanti-nantikan aku sebab setelah hampir dua bulan bertapa kat Skudai akhirnya dapat jugak balik rumah.
Home sweet home!
Balik sempena cuti Aidiladha dan Mid-semester. *Tak adil betul buat sekali cuti. haishh redha je lah.

Kali ni balik rumah naik KTM Sinaran Selatan.
Kawan yang tolong belikan tiket. Trimas : )
Kami balik bertiga. Dua balik ruamh kat Kajang. Aku seorang balik Klang.
Dan ini kali kedua aku balik rumah dari Johor naik KTM.
Feeling nya seronok.
Dua ronok.
Dan tiada tiga ronok ok.

Here are some photo taken by me.
Naik KTM ni feeling dia betul-betul macam seorang perantau yang balik kampung halaman.
Betul.






























Setelah lebih kurang 6 jam, sampai jugak destinasi yan dituju, KL Sentral.
Yeah, KLANG I'M BACK!
Balik sebab nak raya!

Okeylah, sampai situ je gambar dalam KTM. Lain kali boleh naik lagi.

Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh barakah ni, aku nak mengucapkan 
SALAM AIDILADHA
kepada semua muslimin dan muslimat seantero dunia. 
Kepada yang menjalankan ibadah Qurban, semoga selamat.
Tidak dilupakan jugak, kepada jemaah haji yang menunaikan haji tahun ni, aku mendoakan agar semua mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.

Firman Allah;

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.”           
                                                           (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)