Assalamualaikum
Mari mulakan minggu baru pada hari isnin ni dengan entry baru. Yok baca!
Ini versi 'parody' dari salah satu entry blogger FATIN LIYANA (here) yang dikatakan fofular itu.
Bukan apa, entry ni just nak perkenalkan semula diri yang kerdil ni dekat bloggger-blogger yang lain & buat rakyat jelata Tanah Melayu sekelian, huhu.
Ada ke orang tertanya-tanya siapakah Amirul Jasmi? Wakil Rakyat ke? Bukan. Youtube sensation ke? Bukan. Blogger? Yup. Blogger sahaja.
Dah tu kenapa famous sangat? *terus google 'AMIRUL JASMI' sebab tak puas hati*
Baiklah mari kita mulakan.
SIAPA AMIRUL JASMI?
Aku ni merupakan seorang blogger & of course penulis blog ni lah. Berumur 21 tahun & masih lagi menjadikan buku sebagai teman rapat di kampus universiti. Sekarang ambik Bachelor in Geoinformatics, UTM. Aku bukan model muslim sambilan but try to be a good role model to younger age. InsyaAllah.
OH ORANG BIASA JE PUN, DAH TU KENAPA BERPOTENSI UNTUK FAMOUS?
Inilah namanya usaha tangga kejayaan. Siapa yang berusaha dengan niat yang baik pasti dapat ganjarannya yang baik juga. But seriously, aku tak expect yang aku berpotensi untuk fofular macam orang dah memang fofular macam Fatin Liyana sendiri. I know, where I standing now. Eventough, follower yang dah ada tak seramai mana untuk blog ni, saya tetap bersyukur sebab masih ada kawan-kawan yang sudi follow blog yang tak seberapa ni. Masa mula-mula aku tulis blog, yakni pada hujung tahun 2010, memang aku tak terfikir langsung yang ramai orang akan baca blog aku. Realitinya, memang tak ada orang baca pun masa tu. Suam-suam kuku. kekekekeke.
Tujuan aku tulis blog pada awalnya pun adalah untuk mengisi waktu lapang aku especially waktu semester break dekat rumah & untuk mencatat kenangan manis aku ketika hidup di Bumi Allah. Kalau nak tulis dalam diari seorang lelaki memang tak lah kot. huhu. Writing is my pleasure & I love to express it here. yelah kot. Saja nak enjoy writing, mana tahu polish sikit boleh jadi novelist pulak ke or journalist ke? Who knows? Kalau di bagi peluang untuk jadi journalist, aku nak jadi travel journalist. Boleh go around the world kan? *berangan dah..
Actually dulu aku takde facebook. Yelah, masa tu pun Mark Zuckerburg pun belum lahir lagi. haishh.. Dan untuk promote blog ni, aku gunakan jugak Facebook sebagai platform untuk catch the eyes of people out there to come and read my own blog ni. Promote mulut ke mulut pun ada antara kawan-kawan kelas. Dan nama Amirul Jasmi masih tak meniti di bibir-bibir para blogger sehinggalah hari ini. Just among friend yang ada blog je lah .
APA YANG BEST SANGAT PASAL BLOG AMIRUL JASMI NI?
Nama blog ni adalah supadupamirul. Kalau korang tanya apa yang best pasal blog ni? Cuba teliti betul-betul, nama dia pon dah best okay. SUPADUPAMIRUL. Hurm. Macam superman tak? Ultraman? Spiderman? Batman? Kluangman? Ini saja nak menunjukkan blog ni begitu hebat, extravaganza punya best bila orang baca blog ni. So, dah dapat the main idea of the name for this blog? Mudah saja kan? Blog ni pun boleh di kategorikan dalam personal life blog with current issues/topics. But still, trying to highlighting the muslim way of life. Yelah takkan nak westernisation sangat. Kitakan Islam dan Islam itu cara hidup yang sempurna. Aku taknaklah update blog cincai-cincai, setakat buat syarat entry baru. Kalau boleh yang boleh bagi impact in positive way dalam hidup pembaca yang membaca. *begitu murni niat.
PERNAH KELUAR MAJALAH KE MANA-MANA? TAK PERNAH TENGOK PUN DALAM BLOG NI?
Disebabkan aku sedar diri yang aku ni hanyalah insan biasa & kerdil, aku segan nak jawab soalan ni.Sebenarnya, sebenarnya, sebenarnya,...
Memang tak pernah pun keluar mana-mana majalah atau newspaper atau tv. Kalau ada pun yang terperasan tu, mungkin pelanduk dua serupa. haha Tapi, kalau ada orang jemput nak interview pasal blog ni pun aku akan menjadi seorang yang pemalu macam biasa. Down to earth! Anyway, terima kasih yang bebanyak sangat kepada semua yang dah menyokong dari belakang untuk aku terus menulis dalam blog free ni. Cuma internet & electricity je yang kene bayar.
KENAPA KITORANG KENA BACA BLOG NI? DAH LA JARANG UPDATE
Sebab saya ohsem juga macam blogger-blogger lain.Walaupun kadang-kadang tu sibuk dengan tugasan lain yang mana lebih penting dari blogging ni, aku cuba untuk update blog 'kegemaran ramai' ni. Aku akan cuba buat yang terbaik dah ter-ohsem. Kalau aku update tu kira beruntunglah tu maknanya. So, jemput-jemputlah singgah membaca blog ni ye kawan-kawan.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua & Thank You Allah untuk kesempatan ini & bakat yang kecil ini. Really appreciate it! Kepada yang baru mengetahui kewujudan blog ni, Selamat datang, Selamat datang! Ahlan! Welcome! Kalau aku tak update, jemputlah baca entry blog ni yang lama. Hope it will benifit all of you in future. InsyaAllah. : )
Nak jugak ada bunga macam FL.
Tak cukup comel lettew.
Till here, thank you for reading to get to know me in parody way. : )
p/s: jangan marah FL. just to want to wrinting just like you.
Feel free to drop any comment/s or idea for this entry & blog.
Thank You. Really appreciate. :)
tiruuu ;) but best jugak cam kak fatin punye .
ReplyDeleteNadnadnadzirah: hoho. ni namanya tak ada kerja. ;D TQ
ReplyDeletealalala.comel betul gambar ko. :D
ReplyDelete