20120102

New Year Eve: Ada Ustaz Azhar Idrus.

Assalamualaikum semua.

Masih tak terlambat nak wish HAPPY NEW YEAR 2012 kepada semua pembaca & terutamanya follower yang dihargai.

Terlambat nak update blog disebabkan sibuk dengan persediaan untuk final exam yang bermula Rabu ni (4/1/2012).

Takut sangat sebab banyak belum revise. Tak apa, demi menuntut ilmu sanggup tak tidur malam nak buat revision. (lah sangat)

Azam baru tahun baru.
Tapi bagi saya azam baru saya adalah sekadar menjadi lebih baik dari hari semalam. Itu sahaja. Moga-moga kehidupan diberkati Allah, sihat, berjaya dunia & akhirat serta yang paling penting jadi anak yang soleh. InsyaAllah, mudah-mudahan.

Bermula je 2012 macam-macam cerita yang saya dengar. Antaranya, demonstarsi oleh student UPSI.
Malas nak komen.
Diorang ada akal sendiri. Korang pun ada akal nak menilai mana yang betul & mana yang salah.

Tapi yang bestnya, bila dengar dekat Shah Alam Ustaz Azhar Idrus datang sempena malam 'count-up' katanya. Seperti yang dibagitahu memang ramai yang datang, kalau tak silap 80 ribu orang.
MasyaAllah, ramainya.
Program macam ini yang kita mahukan. Saya puji pihak organizer.

Apa-apa pun saya tak nak tulis panjang lebar. Ada kerja lain nak diselesaikan.

Bawah ada potongan video Ustaz Azhar Idrus dengan Zizan Raja Lawak.
Ini antara yang saya suka.

Last but not least, semoga kehidupang korang semua juga bertambah barakah dang happying sokmo. (loghat terengganu sket hehehe)


Till here. Trimas.


 
Tak terjawab sudah. xD



Feel free to drop any comment/s or idea for this entry & blog.
Thank You. Really appreciate. :)

No comments:

Post a Comment