Assalamualaikum semua.
Akhirnya berkesempatan jugak nak update blog kesayangan ramai ni. hoho.Tak apa, ni nak update lah ni. Maklumlah, orang busy dengan study memang macam ni. Assignment datang bertalu-talu macam peluru.
Adoi. Tak keruan hidup dibuatnya. Tapi, tak apa, sudah menjadi lumrah untuk berjaya.
InsyaAllah.
Syukur masih dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik untuk berjumpa lagi Aidiladha tahun ni. Sesungguhnya nikmat Allah sangat besar.
Hari Jumaat yang lepas masa yang dinanti-nantikan aku sebab setelah hampir dua bulan bertapa kat Skudai akhirnya dapat jugak balik rumah.
Home sweet home!
Balik sempena cuti Aidiladha dan Mid-semester. *Tak adil betul buat sekali cuti. haishh redha je lah.
Kali ni balik rumah naik KTM Sinaran Selatan.
Kawan yang tolong belikan tiket. Trimas : )
Kami balik bertiga. Dua balik ruamh kat Kajang. Aku seorang balik Klang.
Dan ini kali kedua aku balik rumah dari Johor naik KTM.
Feeling nya seronok.
Dua ronok.
Dan tiada tiga ronok ok.
Here are some photo taken by me.
Naik KTM ni feeling dia betul-betul macam seorang perantau yang balik kampung halaman.
Betul.
Setelah lebih kurang 6 jam, sampai jugak destinasi yan dituju, KL Sentral.
Yeah, KLANG I'M BACK!
Balik sebab nak raya!
Okeylah, sampai situ je gambar dalam KTM. Lain kali boleh naik lagi.
Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh barakah ni, aku nak mengucapkan
SALAM AIDILADHA
kepada semua muslimin dan muslimat seantero dunia.
Kepada yang menjalankan ibadah Qurban, semoga selamat.
Tidak dilupakan jugak, kepada jemaah haji yang menunaikan haji tahun ni, aku mendoakan agar semua mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.
Firman Allah;
"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.”
(Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
No comments:
Post a Comment